Anak lelaki mantan pengerusi CAG dijangka mengaku bersalah kerana berbohong dalam kes Parti Liyani
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Karl Liew Kai Lung, anak lelaki mantan pengerusi Changi Airport Group (CAG) Liew Mun Leong, dijangka akan mengaku bersalah kerana berbohong dalam kes Cik Parti Liyani, pembantu rumah hijrahan yang dibebaskan dari tuduhan mencuri daripada keluarga Encik Liew.
Di persidangan praperbicaraan pada Jumaat (10 Feb), mahkamah menetapkan tarikh 30 Mac untuk Karl mengaku bersalah.
Lelaki berusia 45 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin S$15,000 dan berdepan dengan tuduhan-tuduhan mengemukakan bukti palsu dan memberikan keterangan palsu kepada seorang pegawai awam berhubung kes Cik Parti.
Karl dituduh mengemukakan bukti palsu dengan sengaja pada Julai 2018. Ini dilakukan dengan memberikan keterangan palsu semasa perbicaraan di Mahkamah Negara dengan dia mendakwa seolah-olah sehelai kemeja-T berwarna krim dan sehelai lagi baju berwarna merah adalah miliknya.
Dia juga didakwa memberikan keterangan palsu kepada seorang pegawai polis di kediamannya pada 10 Disember 2016, dengan mendakwa bahawa dia menemui "119 helai pakaian" miliknya dalam kotak-kotak yang dibungkus oleh Cik Parti.
Karl, yang diwakili oleh peguam Adam Maniam dari firma guaman Drew & Napier, didakwa pada November 2020. Ini selepas Cik Parti didapati bersalah dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan mencuri barangan bernilai S$34,000 daripada keluarganya.
Karl adalah antara beberapa anggota keluarganya yang memberi keterangan dalam perbicaraan Cik Parti di sebuah mahkamah daerah, yang mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama 26 bulan.
Jika didapati bersalah kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan jika maklumat itu berhubung sesuatu kesalahan yang dilakukan, Karl boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Jika didapati bersalah kerana sengaja memberikan keterangan palsu di mana-mana peringkat prosiding kehakiman, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.