Anak kapal warga Indonesia maut dalam kebakaran kapal pesiaran menuju ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang anak kapal warga Indonesia maut selepas kebakaran berlaku di atas kapal pesiaran yang sedang dalam perjalanan ke Singapura, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) pada Jumaat (20 Feb).
Berdasarkan siasatan awal, kebakaran itu berlaku di kawasan lounge di dek sembilan kapal pesiaran World Legacy.
Kebakaran itu dipadamkan oleh pasukan bomba marin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dedah MPA.
Kesemua 271 penumpang, termasuk 139 rakyat Singapura, berjaya dipindahkan dengan selamat.
Empat daripada mereka dibawa ke hospital bagi penilaian perubatan lanjut.
Daripada 388 anak kapal di atas kapal tersebut, tiada seorang pun yang merupakan warga Singapura.
Kapal tersebut berada dalam keadaan stabil dan kini berlabuh di Raffles Reserved Anchorage, yang terletak berhampiran Pulau Semakau dan Pulau Senang.
Ia adalah kawasan yang ditetapkan di sekitar Pelabuhan Singapura, yang sebahagian besarnya digunakan bagi tujuan khas seperti untuk membaiki kapal serta menyimpan dan memunggah barangan daripada kapal.
Bot ronda MPA, Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang menangani keadaan di kapal itu, menurut MPA dalam kenyataan media pertamanya mengenai kejadian itu.
Insiden itu berlaku sekitar pukul 4.00 pagi di atas kapal berdaftar Liberia, World Legacy, dan kebakaran tersebut berjaya dikawal oleh kru kapal berkenaan tidak lama kemudian, kata MPA.
Pihak berkuasa pada mulanya menyatakan terdapat 224 penumpang, termasuk 185 warga Singapura, namun angka itu kemudian disemak semula kerana ia berdasarkan maklumat awal.
Kumpulan pertama seramai 190 penumpang turun di Terminal Feri HarbourFront selepas dipindahkan dari kapal pesiaran tersebut.
Anak kapal yang maut sudah dibawa ke darat, menurut MPA.
“Pihak berkuasa relevan sedang menjalankan tindakan susulan yang diperlukan, dan Kedutaan Indonesia di Singapura telah dimaklumkan,” tambahnya.
MPA sudah mewujudkan zon keselamatan di sekitar kapal dan mengeluarkan amaran navigasi bagi menasihati kapal-kapal yang melalui kawasan tersebut supaya jangan menghampiri kawasan itu.
Punca kebakaran masih disiasat.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, World Cruises, pengendali World Legacy, menyatakan pihaknya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
“Keselamatan penumpang dan anak kapal adalah keutamaan kami,” katanya, sambil menambah bahawa maklumat lanjut akan diberikan apabila ia sudah tersedia.
Apabila Mediacorp tiba di Pusat Kapal Pesiaran Singapura kira-kira pukul 11.00 pagi, para penumpang dilihat turun dari kapal, melalui pemeriksaan kastam dan mengambil minuman ringan.
Sebahagian daripada mereka turut ditemu bual oleh para pegawai dari Pasukan Polis Singapura (SPF).
World Legacy yang dikendalikan oleh World Cruises, beroperasi menggunakan model “fleksibel” yang membolehkan tetamu memilih tempoh penginapan dan menaiki kapal dari Singapura serta Malaysia, menurut laman syarikat pesiaran tersebut.
Kapal tersebut sebelum ini membatalkan pelayaran sulungnya dua hari sebelum tarikh pembukaan yang dijadualkan pada 21 Disember tahun lalu, menurut laporan media sebelum ini.
Penumpang juga pernah mengadu mengenai air paip berwarna coklat, lif rosak dan sistem hawa dingin udara yang lemah.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.