Anak kapal Genting Dream selamatkan lelaki hanyut di perairan Selat Melaka
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar kapal persiaran Genting Dream. (Gambar fail: Dream Cruises)
SINGAPURA: Seorang lelaki diselamatkan dari perairan antarabangsa di Selat Melaka oleh anak kapal dari kapal persiaran Genting Dream pada Rabu pagi (3 Sep).
Anak kapal Genting Dream itu melihat sebuah bot kecil "dalam kesusahan" di Selat Melaka pada Rabu, semasa kapal itu membuat pelayaran tiga malam dari Singapura ke Phuket.
Lelaki itu, seorang rakyat Indonesia, memberi isyarat meminta bantuan selepas kapalnya mengalami masalah enjin, sekali gus menyebabkannya hanyut di laut, kata seorang jurucakap Dream Cruises dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.
Operasi menyelamat selama 30 minit dijalankan oleh anak-anak kapal itu bagi membawa lelaki itu naik ke atas kapal persiaran tersebut di mana beliau diberikan rawatan perubatan dan makanan serta minuman.
"Genting Dream sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan relevan untuk memastikan lelaki itu dapat pulang dengan selamat ke pantai," kata jurucakap itu sambil menambah lelaki itu kini dalam keadaan stabil.
Jadual pelayaran kapal itu tidak terjejas oleh operasi menyelamat berkenaan.
"Memastikan keselamatan di laut adalah tugas utama kita," kata presiden StarDream Cruises Michael Goh.
"Saya berbangga dengan kewaspadaan dan profesionalisme kapten dan anak kapal dalam melaksanakan operasi menyelamat ini."
Dream Cruises adalah jenama di bawah StarDream Cruises dan Genting Dream adalah kapalnya yang terbesar, dengan pelayaran ke Malaysia dan Thailand.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.