Anak kapal Basset berdaftar SG cedera susuli insiden 'naik kapal tanpa izin' di Selat Singapura
Sebuah kapal tangki kimia berdaftar di Singapura dinaiki tanpa kebenaran di Selat Singapura pada pagi Jumaat (28 Feb), menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan media.
Kapal tangki kimia berdaftar di Singapura, Basset. (Gambar: VesselFinder)
- Sebuah kapal tangki kimia berdaftar di Singapura dinaiki tanpa kebenaran di Selat Singapura pada pagi Jumaat (28 Feb), menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan media.
- Seorang anak kapal dilaporkan mengalami kecederaan semasa kejadian itu.
- Kapal tangki itu kini berlabuh di perairan Singapura dan Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura 9SCDF) telah dikerahkan untuk membantu.
- MPA telah mengeluarkan amaran keselamatan untuk menasihati kapal-kapal di kawasan itu supaya terus berwaspada.
Kapal itu, Basset, dinaiki sekitar pukul 7.00 pagi di luar perairan Singapura di Selat Singapura - laluan air antara Singapura dan Pulau Batam di Indonesia.
Seorang anak kapal dilaporkan mengalami kecederaan semasa kejadian itu. MPA tidak memberikan butiran lanjut tentang insiden tersebut.
Kenyataan MPA, yang dikeluarkan pada pukul 9.20 pagi, menyatakan bahawa anak kapal yang cedera itu sedang dipindahkan untuk dirawat.
Tiada anak kapal warga Singapura di atas kapal tersebut dan semua anak kapal lain tidak terjejas.
Kapal tangki itu kini berlabuh di perairan Singapura dan Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura 9SCDF) telah dikerahkan untuk membantu.
Menurut VesselFinder, BASSET ialah kapal tangki kimia yang dibina pada 2019 dan berdaftar di Singapura. Kapal tangki kimia itu berukuran 183m panjang dan lebarnya pula sekitar 32m.
MPA telah mengeluarkan amaran keselamatan untuk menasihati kapal-kapal di kawasan itu supaya terus berwaspada.
Keselamatan pelayaran di Selat Singapura kekal tidak terjejas, menurut MPA.
Mediacorp telah meminta butiran lanjut daripada pihak polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.