Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anak badak yang dilahirkan di Taman Haiwan S'pura dinamakan Dalia

 Anak badak yang dilahirkan di Taman Haiwan Singapura pada bulan lalu sudahpun diberi nama iaitu Dalia, yang membawa maksud kelembutan dalam Bahasa Swahili. 

Anggaran Waktu Membaca:
Anak badak yang dilahirkan di Taman Haiwan S'pura dinamakan Dalia
Diterbitkan : 26 Jan 2020 07:14PM Dikemas Kini : 26 Jan 2020 07:19PM

SINGAPURA: Anak badak yang dilahirkan di Taman Haiwan Singapura pada bulan lalu sudahpun diberi nama iaitu Dalia, yang membawa maksud kelembutan dalam Bahasa Swahili.

Nama itu dipilih sendiri oleh para penjaga zoo, yang berkata nama itu sesuai dengan keperibadian anak badak ini.

Pakar-pakar mengatakan penting untuk membuat anak badak terbiasa kepada panggilan nama, agar boleh cepat memberikan respons.

Bagi Dalia, ia kini sedang belajar mengenali para penjaga zoo dan sekitarnya.

Dijaga dengan begitu baik, berat Dalia kini sekitar 100 kilogram walaupun baru berusia lebih sebulan.

Dalia merupakan anak badak sumbu putih ke-24 yang dilahirkan di Taman Haiwan Singapura.  

Sumber : CNA/aq/NA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan