Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amrin Amin ulas berita palsu tentang belia Melayu terbabit dalam kumpulan samseng

Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, menyangkal berita palsu yang sedang tersebar bahawa kononnya terdapat sekumpulan belia Melayu yang terlibat dalam geng-geng samseng di Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Amrin Amin ulas berita palsu tentang belia Melayu terbabit dalam kumpulan samseng

Encik Amrin dengan satu kumpulan dikir barat. (Gambar: Amrin Amin/Facebook)

BERITAmediacorp: Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, menyangkal berita palsu yang sedang tersebar bahawa kononnya terdapat sekumpulan belia Melayu yang terlibat dalam geng-geng samseng di Singapura.

Polis sedang menyiasat penyebaran berita palsu itu.

Dalam satu catatan di akaun Facebooknya hari ini (24 Ogos), Encik Amrin juga menyatakan, beliau sendiri bertemu dengan salah satu kumpulan belia Melayu yang dikaitkan dengan berita palsu itu petang tadi, semasa satu pertandingan dikir barat di Woodlands.

Menurut Encik Amrin, berita palsu tersebut menyebabkan ahli keluarga dan rakan-rakan yang membaca berita palsu itu berasa bimbang.

"(Mereka) geng ganas? Merepek," kata Encik Amrin.

"Inilah perkara yang menyedihkan berhubung berita palsu - para individu yang tidak bersalah yang menjadi mangsa," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memuji anggota kumpulan dikir barat tersebut kerana memiliki azam menghidupkan kembali dan melestarikan bentuk seni tradisional itu.

"Para belia lelaki itu luar biasa, berbakat, berbudi pekerti dan berdedikasi terhadap seni dikir barat. Dikir barat adalah cara nyanyian Melayu yang berpuisi dan mempunyai lirik-lirik kreatif," menurut Encik Amrin dalam catatan Facebooknya.

Awal daripada itu, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengeluarkan kenyataan kepada pihak media dan menerusi Facebook pagi tadi (24 Ogos), bahawa ia sedar akan video dan mesej-mesej yang kononnya menunjukkan pergaduhan antara kumpulan-kumpulan samseng berbeza di beberapa bahagian Singapura.

Mesej itu juga menasihatkan orang ramai supaya menjauhi tempat-tempat yang dinyatakan untuk kekal selamat. Malah mesej tersebut mendakwa bahawa anggota-anggota samseng akan memukul mereka yang enggan menyertai kumpulan berkenaan.

Polis mengesahkan bahawa semua maklumat itu tidak benar dan tiada satupun insiden yang dikatakan itu berlaku berlaku sama sekali.

Maklumat palsu yang tersebar itu termasuk gambar menunjukkan seorang lelaki dengan kesan darah pada muka dan kemeja-T serta satu lagi pesanan yang memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan mendekati kumpulan-kumpulan samseng sekiranya ternampak mereka di tempat-tempat awam dan mengelak daripada membuat isyarat-isyarat samseng.

Ia menyatakan: "Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang bertanggungjawab ke atas perbuatan mengarang maklumat sedemikian dan menyebarkan kepalsuan yang boleh menimbulkan ketakutan serta rasa cemas dalam kalangan masyarakat."

SPF meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang penyebaran kepalsuan itu supaya menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di www.police.gov.sg/iwitness. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan