Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amrin Amin puji keteguhan hati, semangat berpasukan kakitangan Hospital Mount Alvernia; tiada seorang pun undur diri rawat pesakit COVID-19

Virus korona COVID-19 adalah satu ujian yang sangat besar buat generasi ini dan bagaimana kita bertindak balas mencerminkan keutuhan masyarakat Singapura, kata Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Amrin Amin puji keteguhan hati, semangat berpasukan kakitangan Hospital Mount Alvernia; tiada seorang pun undur diri rawat pesakit COVID-19

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin melawat Hospital Mount Alvernia pada 31 Mac 2020. (Gambar-gambar: Amrin Amin/Facebook)

SINGAPURA: Virus korona COVID-19 adalah satu ujian yang sangat besar buat generasi ini dan bagaimana kita bertindak balas mencerminkan keutuhan masyarakat Singapura, kata Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin.

Encik Amrin meluahkan rasa berbesar hatinya melihat tenaga dan semangat berpasukan yang dipamerkan oleh para pekerja jagaan kesihatan serta kakitangan barisan hadapan di Hospital Mount Alvernia.

Menulis di laman Facebooknya pada Rabu (1 Apr), Encik Amrin berkata para pekerja itu diberi pilihan, terutama yang mempunyai anak-anak kecil di rumah iaitu sama ada dikerahkan ke wad-wad lain ataupun terus bekerja di wad mereka untuk merawat pesakit COVID-19.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin melawat Hospital Mount Alvernia pada 31 Mac 2020. (Gambar-gambar: Amrin Amin/Facebook)

Mulai Khamis (2 Apr), para pesakit COVID-19 tahap sederhana dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) akan dipindahkan ke Hospital Mount Alvernia. Ini bagi meningkatkan lagi kapasiti hospital-hospital awam agar ia dapat menampung para pesakit COVID-19 yang lebih kritikal.

NCID juga memindahkan pesakit COVID-19 yang kian beransur pulih ke hospital-hospital privet lain termasuk Hospital Antarabangsa Concord, Hospital Mount Elizabeth dan Hospital Gleneagles.

Menurut Encik Amrin, Pengarah Kejururawatan Hospital Mount Alvernia, Shirley Tay memberitahu beliau bahawa tiada seorang pun kakitangannya yang memilih untuk berpindah ke wad-wad lain. Dari jururawat, pekerja pengemasan, porter, pengawal keselamatan hingga ke kakitangan barisan hadapan yang lain, semuanya memilih untuk kekal bekerja di wad yang sama dan terus menghulurkan bantuan, kata Encik Amrin.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin melawat Hospital Mount Alvernia pada 31 Mac 2020. (Gambar-gambar: Amrin Amin/Facebook)

"Saya berbesar hati dengan tenaga dan semangat berpasukan itu serta keyakinan dan sikap optimis mereka dalam menghadapi ancaman COVID-19," kongsi Encik Amrin yang melawat Hospital Mount Alvernia pada Selasa (31 Mac) sewaktu kakitangannya sedang sibuk membuat persiapan bagi wad-wad tersebut.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin bertemu dengan para pengawal keselamatan semasa melawat Hospital Mount Alvernia pada 31 Mac 2020. (Gambar-gambar: Amrin Amin/Facebook)

"Kita sudah mendengar cerita tentang bagaimana nenek moyang kita mengharungi Perang Dunia Kedua, bagaimana mereka cekal dan tabah dan sanggup berkorban.

"COVID-19 adalah satu ujian bagi generasi ini. Bagaimana kita berinovasi, bagaimana kita bertindak balas dan bagaimana kita saling membantu antara satu sama lain mencerminkan diri kita," ujar Encik Amrin, mengakhiri catatannya dengan tanda pagar #SGUnited. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan