AMP Singapura, The Astronauts Collective meterai kerjasama perluas akses bimbingan kerjaya kepada pelajar ITE
- AMP Singapore and TAC signed a three-year memorandum of understanding (MoU) on Oct 6 at ITE College Central to expand career guidance and industry exposure for ITE students.
- More than 500 Muslim professionals will contribute as mentors and volunteers through JumpStart and the World X carnival, which connects students from all three ITE colleges with a range of career fields.
- JumpStart offers six months of one-to-one mentoring, with matches based on the mentee’s course or industry interests, skills they want to develop and preferences. It also includes preparation to obtain and retain a Work-Study Diploma.
- The partnership addresses young people’s often limited exposure to careers in the food and beverage and retail sectors, while helping them build confidence and explore ways to contribute to the workforce. The programme is open to all interested ITE students.
- AMP Singapura dan TAC menandatangani MoU tiga tahun pada 6 Oktober di Kolej ITE Tengah untuk meluaskan bimbingan kerjaya dan pendedahan industri kepada pelajar ITE.
- Lebih 500 karyawan Muslim akan menyumbang sebagai mentor dan sukarelawan melalui JumpStart serta karnival World X, yang menghubungkan pelajar daripada ketiga-tiga kolej ITE dengan pelbagai bidang pekerjaan.
- JumpStart menawarkan bimbingan individu selama enam bulan, dengan padanan berdasarkan minat kursus atau industri, kemahiran yang ingin dibina dan keutamaan mentee, termasuk persediaan memperoleh serta mengekalkan Diploma Kerja-Sambil-Belajar.
- Kerjasama ini menangani pendedahan kerjaya belia yang sering terhad kepada sektor makanan, minuman dan runcit, sambil membantu mereka membina keyakinan dan meneroka cara menyumbang kepada dunia pekerjaan; program terbuka kepada semua pelajar ITE yang berminat.
SINGAPURA: AMP Singapura (AMP) dan pertubuhan bukan mencari untung The Astronauts Collective (TAC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) tiga tahun untuk meluaskan akses pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kepada bimbingan kerjaya, rangkaian karyawan dan pengetahuan industri.
Menerusi kerjasama itu, lebih 500 karyawan Muslim akan digerakkan sebagai mentor dan sukarelawan bagi menyokong pembangunan kerjaya belia ITE.
MoU tersebut ditandatangani pada Selasa (6 Okt) sempena acara karnival penerokaan kerjaya tahunan TAC, World X, di Kolej ITE Tengah.
Kerjasama itu akan dilaksanakan menerusi dua inisiatif utama, iaitu Program Bimbingan Kerjaya JumpStart dan World X.
JumpStart ialah program bimbingan secara individu selama enam bulan bagi membantu pelajar ITE meningkatkan persiapan kerjaya serta mendapatkan dan mengekalkan Diploma Kerja-Sambil-Belajar ITE.
World X pula memberi peluang kepada pelajar daripada ketiga-tiga kolej ITE untuk meneroka pilihan kerjaya dan berinteraksi dengan karyawan daripada pelbagai industri.
Menyifatkan kerjasama tersebut sebagai membuka peluang untuk para belia, Pengarah Eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid, berkata: "(Ia) memberikan mereka peluang untuk meneroka apakah kerjaya-kerjaya yang mungkin mereka dapat bekerja di dalam. Itu peluang pertama. Dan yang kedua ialah apabila mereka ke alam pekerjaan, ia memberikan peluang mereka untuk ada seseorang yang dapat membimbing mereka sekiranya ada kepayahan ataupun ada isu keyakinan apabila mereka pergi ke alam pekerjaan," katanya.
BIMBINGAN SELAMA ENAM BULAN, BERDASARKAN TIGA KRITERIA
Menurut Pengurus Sukarelawan Masyarakat TAC, Cik Siti Zalikha, para karyawan AMP akan dipadankan dengan pelajar menerusi program JumpStart berdasarkan tiga kriteria.
Ini termasuk industri atau kursus yang ingin diceburi pelajar, kemahiran yang mahu dibina seperti keyakinan diri, celik kewangan dan komunikasi, serta keutamaan peribadi setiap mentee.
Menurutnya, tempoh bimbingan selama enam bulan membolehkan pelajar membina hubungan yang lebih telus dan berterusan dengan mentor masing-masing.
"Salah satu soalan yang cukup besar untuk kami tahu impaknya ialah pelajar kami memberitahu kami bahawa mereka mahu menyambung program bimbingan bersama mentor mereka selepas 6 bulan. Mentor mereka juga merupakan seorang individu yang mereka boleh cari apabila menghadapi cabaran ketika mencari kerjaya,"kata Cik Zalikha.
Menurutnya, ramai belia lazimnya hanya terdedah kepada pekerjaan sambilan dalam sektor makanan dan minuman serta runcit.
Nasihat kerjaya pula sering diperoleh daripada ibu bapa, keluarga atau rakan-rakan, sekali gus mengehadkan pilihan kerjaya yang boleh diterokai.
Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin, yang hadir sebagai tetamu kehormat, berkata belia hari ini mempunyai potensi, bakat dan idea, namun mungkin memerlukan sokongan untuk membuka peluang serta membina keyakinan diri.
Beliau tertarik dengan pendekatan TAC yang bukan sahaja memberi fokus kepada dunia pekerjaan tetapi bagaimana para pelajar boleh menyumbang kepada dunia pekerjaan itu sendiri.
"Ini bukan sekadar bertanya kepada anak muda kita, “Awak mahu kerja apa?”, tetapi bertanya, “Awak mahu menyumbang kepada apa? Dunia seperti apa yang awak mahu bina?” Dunia yang lebih mampan, lebih selamat, lebih sihat dan sebagainya. Saya rasa pendekatan ini memperkenalkan konsep pekerjaan dengan cara yang lebih mudah difahami, di samping menjadikannya lebih relevan dan dekat dengan aspirasi anak muda kita," kata Cik Nadia.
Program tersebut dibuka kepada semua pelajar ITE yang berminat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.