Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AMP lantik 3 pengarah baru Lembaga Pengarah

AMP Singapura mengumumkan pelantikan tiga pengarah baru bagi Lembaga Pengarah (BOD) angkatannya semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-30 hari ini (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
AMP lantik 3 pengarah baru Lembaga Pengarah

Mohamad Hairil Johari, Mohamed Nazzi Noor Mohamed Beck, Mohamed Noordin Yusuff Marican (Gambar: AMP)

SINGAPURA: AMP Singapura mengumumkan pelantikan tiga pengarah baru bagi Lembaga Pengarah (BOD) angkatannya semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-30 hari ini (4 Dis).

Demikian menurut AMP dalam kenyataan medianya hari ini.

Ketiga-tiga pengarah baru yang dilantik adalah:

1. Mohamad Hairil Johari, 49 tahun
Pegawai Akademik Kanan, Akademi Guru Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan

2. Mohamed Nazzi Noor Mohamed Beck, 45 tahun
Ketua Serantau, Inisiatif Strategik, Perbankan Islam Kumpulan, CIMB Islamik Bank Berhad

3. Mohamed Noordin Yusuff Marican, 43 tahun
Pengarah, Keselamatan Siber dan Teknologi Maklumat, Circles Life Singapura

Menurut Pengerusi AMP Singapura, Dr Md Badrun Nafis Saion, AMP mengalu-alukan pelantikan ketiga-tiga pengarah baru itu untuk "berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang untuk membantu bimbing AMP dalam dunia kompleks yang pantas berubah".

"Pelantikan mereka akan memperkaya dan melengkapkan kemahiran Lembaga
Pengarah yang sedia ada. Bersama-sama, kami akan melakarkan masa depan AMP berdasarkan nilai kami untuk memenuhi keperluan dan cabaran masyarakat kita secara khusus, dan Singapura secara amnya,” kata Pengerusi AMP Singapura, Dr Md Badrun Nafis Saion.

Sebagai pengarah yang dilantik, mereka boleh berkhidmat dalam Lembaga Pengarah AMP selama tempoh maksimum enam tahun.

Tiga pengarah AMP yang sudah lama berkhidmat pula akan mengundurkan diri daripada Lembaga Pengarah AMP hari ini.

Mereka adalah Encik Othman Marican, Encik Mohamad Azmi Muslimin dan Encik Muhamad Nazzim Muhamad Hussain.

Menurut AMP, ketiga-tiga pengarah itu sudah berkhidmat selama tempoh maksimum enam tahun sejak 2015.

Lembaga Pengarah AMP kini mempunyai seramai 10 anggota.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan