Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AMP antara 4 agensi khidmat sosial S'pura diiktiraf atas amalan sumber manusianya

Anggaran Waktu Membaca:
AMP antara 4 agensi khidmat sosial S'pura diiktiraf atas amalan sumber manusianya

Gambar: AMP

Diterbitkan : 29 Jun 2022 04:31PM Dikemas Kini : 29 Jun 2022 04:32PM
SINGAPURA: AMP Singapura dipilih sebagai satu-satunya badan Melayu/Islam (MMO) yang menerima Pengiktirafan Khas dalam Sektor Perkhidmatan Sosial dari Majikan Terbaik Kincentric.

Pengiktirafan itu adalah berdasarkan penilaian oleh Kincentric, sebuah syarikat runding cara sumber manusia, yang menentukan sejauh mana pertubuhan-pertubuhan berinteraksi dengan pekerja mereka dan memperlihatkan ciri-ciri Majikan Terbaik mereka.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut dinilai berdasarkan empat elemen berasaskan penyelidikan yang penting untuk meraih kejayaan, iaitu pendampingan dan libat urus pekerja, ketangkasan sesebuah pertubuhan, tumpuan bakat dan kepimpinan yang terlibat sama.

AMP adalah antara empat agensi khidmat sosial yang diiktiraf dengan skor pendampingan pekerja yang setara atau lebih tinggi daripada mereka yang berada dalam kuartil paling tinggi di Singapura.

Agensi khidmat sosial yang lain adalah Yayasan Halogen (Singapura), Lutheran Community Care Services Ltd dan TOUCH Community Services Ltd.

Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Rashid berkata: “AMP percaya bahawa amalan pekerjaan yang baik adalah kunci kepada prestasi dan pengekalan pekerja yang lebih baik, yang sebaliknya akan memberi kesan langsung ke atas klien kami serta ruang perkhidmatan sosial. Memupuk budaya tempat kerja yang positif amatlah penting terutamanya pada masa kini dalam menangani isu organisasi yang kompleks dalam dunia yang tidak menentu, kompleks dan penuh dengan ketidakpastian, supaya kami kekal berkesan dan serba lengkap dalam memenuhi keperluan klien dan benefisiari (para penerima bantuan) kami.

AMP, menurut beliau, memahami betapa pentingnya untuk memberikan respons yang berkesan kepada cabaran-cabaran tersebut, sambil memastikan ia masih memenuhi keperluan kakitangan dan kliennya.

Pengiktirafan Khas itu amat dialu-alukan, sedang AMP mengharungi cabaran dan ketidakpastian yang ditimbulkan oleh pandemik ini, menurut Encik Mohksin.

Antara amalan yang mengutamakan pekerja dan para penerima bantuan dan kecemerlangan tempat kerja oleh AMP termasuk ketangkasan dalam memberikan respons yang berkesan terhadap kegendalaan sambil memenuhi keperluan pekerja dan klien seperti melaksanakan pelan kesinambungan perniagaan (business continuity plan) dan sesi pendampingan maya (virtual engagement session), serta menyediakan kelonggaran dalam bentuk tempat kerja hibrid dan bekerja dari rumah, menurut kenyataan media AMP pada Selasa (28 Jun).

“Majikan Terbaik Kincentric (Kincentric Best Employers) mengenal pasti pertubuhan yang mempamerkan kecemerlangan di tempat kerja, dengan mencipta pengalaman pekerja yang berbeza, budaya tangkas dan inklusif yang membawa kepada hasil perniagaan yang lebih kukuh dan mampan,” kata Encik Andrew How, Peneraju Pasaran Kincentric Singapura.

“Pertubuhan luar biasa seperti AMP Singapura, terserlah kerana ia meraih hasil melalui penglibatan pekerja yang tinggi, kepimpinan yang terlibat sama, tumpuan bakat dan ketangkasan pertubuhan yang kukuh."
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan