Amos Yee kini dalam tahanan imigresen Amerika Syarikat
Warga Singapura Amos Yee kini berada dalam tahanan Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) selepas dia dibebaskan dengan syarat dari penjara kurang seminggu lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
- Warga Singapura Amos Yee kini berada dalam tahanan Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) selepas dia dibebaskan dengan syarat dari penjara kurang seminggu lalu.
- Pada 20 November, Yee dibebaskan dengan syarat dari Pusat Pemulihan Danville di Illinois, tempat di mana dia menjalani hukuman kerana memiliki bahan lucah kanak-kanak dan melakukan kesalahan menjerat atau “grooming” terhadap seorang kanak-kanak.
- Yee diberi suaka oleh Amerika Syarikat pada 2017 meskipun menerima bantahan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS).
- Yee mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada Disember 2021 dan dijatuhi enam tahun penjara, dengan tempoh hukuman diambil kira mulai tarikh pemberkasannya.
SINGAPURA: Warga Singapura Amos Yee kini berada dalam tahanan Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) selepas dia dibebaskan dengan syarat dari penjara kurang seminggu lalu.
Yee, 27 tahun, kini ditahan di Kemudahan Tahanan Dodge di Juneau, Wisconsin, menurut semakan pangkalan data tahanan ICE pada Isnin (24 Nov).
Pada 20 November, Yee dibebaskan dengan syarat dari Pusat Pemulihan Danville di Illinois, tempat di mana dia menjalani hukuman kerana memiliki bahan lucah kanak-kanak dan melakukan kesalahan menjerat atau “grooming” terhadap seorang kanak-kanak.
Menurut ICE, individu ditahan bagi “memastikan kehadiran mereka untuk prosiding imigresen atau pengusiran” dari negara tersebut.
Mereka juga boleh ditahan sekiranya ICE menentukan bahawa mereka “berbahaya terhadap keselamatan awam atau berisiko melarikan diri” sepanjang proses penentuan tahanan.
Mediacorp sudah menghubungi ICE Amerika Syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk sama ada Yee akan dihantar pulang ke Singapura.
Yee diberi suaka oleh Amerika Syarikat pada 2017 meskipun menerima bantahan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS). Sebelum itu, dia pernah dipenjarakan di Singapura sebanyak dua kali kerana menyinggung perasaan berhubung isu keagamaan.
Pada Oktober 2020, dia diberkas oleh marshal persekutuan Amerika Syarikat di Chicago kerana memiliki bahan lucah kanak-kanak dan melakukan antun seksual terhadap seorang gadis berusia 14 tahun.
Mahkamah Amerika Syarikat diberitahu bahawa Yee berkenalan dengan mangsa pada Februari 2019. Mereka kemudian menjalinkan “hubungan secara online”, di mana dia berulang kali meminta gambar mangsa yang tidak mengenakan pakaian.
Dia beberapa kali meminta mangsa untuk memainkan peranan dan “fantasi seksual”, menurut pihak pendakwa. Ini berlaku walaupun mangsa memberitahu Yee bahawa dirinya berusia 14 tahun.
Yee menggunakan WhatsApp untuk “memujuk, meminta dan menjerat” mangsa serta mengedarkan gambar-gambarnya secara online. Kejadian tersebut berlarutan hingga Julai 2019, menurut mahkamah.
Yee mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada Disember 2021 dan dijatuhi enam tahun penjara, dengan tempoh hukuman diambil kira mulai tarikh pemberkasannya.
Dia diberi parol pada Oktober 2023, namun dibawa semula ke dalam tahanan kira-kira sebulan kemudian kerana melanggar syarat parol.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.