Amos Yee ditahan sekali lagi di Amerika; sebulan selepas dibebaskan dengan parol
Anggaran Waktu Membaca:
Amos Yee dibebaskan dengan parol. (Gambar: Jabatan Pembetulan Illinois)
SINGAPURA: Warga Singapura, Amos Yee ditahan sekali lagi di Amerika Syarikat, sebulan selepas dia dibebaskan dengan parol setelah menjalani separuh tempoh hukuman penjaranya.
Menurut mesej daripada rangkaian pemberitahuan mangsa pada Rabu (8 Nov), Yee, 25 tahun, ditahan di bawah Jabatan Pemulihan Illinois pada Selasa.
Menurut makluman itu, Yee ditahan di Pusat Pemulihan Stateville, iaitu sebuah penjara dengan tahap keselamatan maksimum di Crest Hill, Illinois.
Yee dibebaskan dengan parol pada 7 Oktober lalu selepas menjalani separuh daripada hukuman penjara selama 6 tahun atas kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan di ruang maya dan meminta gambar bogel remaja berkenaan.
Jabatan Pemulihan Illinois bagaimanapun tidak mendedahkan syarat parolnya meskipun Yee disenaraikan sebagai pesalah seksual.
Yee dijatuhi hukuman pada 3 Disember 2017 selepas mengaku bersalah atas tuduhan antun seksual dan memiliki bahan lucah kanak-kanak.
Sebanyak 16 tuduhan lain digugurkan sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan yang dipersetujui Yee.
Hukuman penjara itu bertarikh sejak penahanannya pada Oktober 2020.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.