Amerika tidak terlibat dalam pembunuhan Ismail Haniyeh, kata Blinken
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Roslan RAHMAN)
SINGAPURA: Amerika Syarikat tidak "tahu atau terlibat" dalam pembunuhan ketua tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken pada Rabu (31 Jul).
Beliau bercakap kepada Mediacorp dalam lawatan rasmi dua harinya ke Singapura, beberapa jam selepas dilaporkan bahawa Encik Haniyeh, seorang tokoh penting dalam rundingan gencatan senjata di Gaza, dibunuh di kediamannya di Tehran, ibu kota Iran.

Apabila ditanya sama ada pembunuhan tersebut akan mengubah keadaan perang di Gaza, Encik Blinken berkata: "Ia sukar untuk membuat spekulasi, dan saya belajar selama bertahun-tahun untuk tidak membuat spekulasi tentang kesan satu peristiwa ke atas perkara lain."
Sebaliknya, Encik Blinken menekankan pentingnya mencapai gencatan senjata untuk menamatkan perang yang sudah berterusan selama sembilan bulan, dengan mengatakan: "Kami akan terus mengusahakannya sehingga kami mencapainya."
Beliau menambah: "Ia sangat penting untuk membantu menamatkan kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza. Ia juga penting untuk memulangkan tebusan, termasuk sejumlah rakyat Amerika.
Encik Blinken tiba di Singapura pada Selasa (30 Jul), dalam perhentian terkini dalam lawatannya ke-18 di rantau Indo-Pasifik.
Lawatannya ke Asia daripada 25 Julai hingga 3 Ogos termasuk Laos, Filipina, Vietnam, Jepun dan Mongolia.
Ketika lawatannya ke Singapura, Encik Blinken berjumpa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.
Pada Rabu, Amerika dan Singapura memeterai perjanjian, dikenali sebagai "Perjanjian 123", untuk mengkaji bagaimana teknologi nuklear dapat membantu keperluan iklim dan tenaga.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.