Amerika-Israel Serang Iran: SIA, Scoot batal lebih banyak penerbangan ke Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) membatalkan lebih banyak penerbangan ke Dubai dan Jeddah sepanjang minggu ini, di tengah-tengah situasi yang semakin meruncing di Timur Tengah.
Penerbangan-penerbangan yang terjejas adalah:
"Kami akan terus memantau keadaan di Timur Tengah dengan teliti dan akan menyesuaikan laluan penerbangan kami mengikut keperluan," menurut SIA pada Ahad (1 Mac) menyusuli pembatalan penerbangan pada Sabtu (28 Feb).
"Kami menasihatkan para pelanggan untuk mengemas kini butiran maklumat penerbangan mereka melalui fungsi pengurusan tempahan di laman web SIA dan Scoot, atau memuat turun khidmat pemberitahuan mudah alih, untuk menerima kemas kini jadual penerbangan."
Penerbangan ke serata Timur Tengah dibatalkan pada Sabtu (28 Feb) apabila beberapa negara menutup ruang udara mereka selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
Iran, Iraq, Israel, Syria, Kuwait dan Amiriah Arab Bersatu (UAE0 semuanya mengumumkan sekurang-kurangnya penutupan sebahagian ruang udara mereka beberapa jam selepas kepulan asap dilihat di Tehran dan setelah Iran memulakan serangan balas di rantau itu.
Serangan peluru berpandu Iran menyasarkan ibu kota di sekitar rantau Teluk yang kaya, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang, sedang para saksi melihat pesawat perang dan dron di langit.
Syarikat-syarikat penerbangan termasuk Air France, Air India, Turkish Airlines, Norwegian, Air Algerie dan Lufthansa mengumumkan pembatalan penerbangan yang meluas.
Menurut syarikat analisis penerbangan Cirium, daripada kira-kira 4,218 penerbangan yang dijadualkan mendarat di negara-negara Timur Tengah pada Sabtu (28 Feb), 966 telah dibatalkan, dengan angka tersebut meningkat menjangkaui 1,800 jika turut termasuk penerbangan keluar.
Untuk Ahad (1 Mac), 716 penerbangan daripada 4,329 yang dijadualkan ke Timur Tengah telah dibatalkan, menurut Cirium.
Sementara itu, laman web pemantauan penerbangan FlightAware menyatakan lebih 19,000 penerbangan telah ditangguhkan di seluruh dunia dan lebih 2,600 telah dibatalkan setakat pukul 10.30 pagi.
Iran melancarkan gelombang baharu serangan peluru berpandu sebagai serangan balas pada Ahad (1 Mac) selepas mengesahkan kematian pemimpin ulungnya Ayatollah Ali Khamenei.
Letupan baharu kedengaran di seluruh bandar di Teluk, termasuk Dubai, Doha dan Manama - bandar-bandar di mana Amerika Syarikat mempunyai kehadiran tentera.

- Penerbangan SIA SQ494 (Singapura-Dubai) dan SQ495 (Dubai-Singapura) dari 28 Februari hingga 7 Mac
- Penerbangan Scoot TR596 (Singapura-Jeddah) dan TR597 (Jeddah-Singapura) pada 28 Februari, 2 Mac, 3 Mac, 5 Mac dan 7 Mac
"Kami akan terus memantau keadaan di Timur Tengah dengan teliti dan akan menyesuaikan laluan penerbangan kami mengikut keperluan," menurut SIA pada Ahad (1 Mac) menyusuli pembatalan penerbangan pada Sabtu (28 Feb).
"Kami menasihatkan para pelanggan untuk mengemas kini butiran maklumat penerbangan mereka melalui fungsi pengurusan tempahan di laman web SIA dan Scoot, atau memuat turun khidmat pemberitahuan mudah alih, untuk menerima kemas kini jadual penerbangan."
Penerbangan ke serata Timur Tengah dibatalkan pada Sabtu (28 Feb) apabila beberapa negara menutup ruang udara mereka selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
Iran, Iraq, Israel, Syria, Kuwait dan Amiriah Arab Bersatu (UAE0 semuanya mengumumkan sekurang-kurangnya penutupan sebahagian ruang udara mereka beberapa jam selepas kepulan asap dilihat di Tehran dan setelah Iran memulakan serangan balas di rantau itu.
Serangan peluru berpandu Iran menyasarkan ibu kota di sekitar rantau Teluk yang kaya, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang, sedang para saksi melihat pesawat perang dan dron di langit.
Syarikat-syarikat penerbangan termasuk Air France, Air India, Turkish Airlines, Norwegian, Air Algerie dan Lufthansa mengumumkan pembatalan penerbangan yang meluas.
Menurut syarikat analisis penerbangan Cirium, daripada kira-kira 4,218 penerbangan yang dijadualkan mendarat di negara-negara Timur Tengah pada Sabtu (28 Feb), 966 telah dibatalkan, dengan angka tersebut meningkat menjangkaui 1,800 jika turut termasuk penerbangan keluar.
Untuk Ahad (1 Mac), 716 penerbangan daripada 4,329 yang dijadualkan ke Timur Tengah telah dibatalkan, menurut Cirium.
Sementara itu, laman web pemantauan penerbangan FlightAware menyatakan lebih 19,000 penerbangan telah ditangguhkan di seluruh dunia dan lebih 2,600 telah dibatalkan setakat pukul 10.30 pagi.
Iran melancarkan gelombang baharu serangan peluru berpandu sebagai serangan balas pada Ahad (1 Mac) selepas mengesahkan kematian pemimpin ulungnya Ayatollah Ali Khamenei.
Letupan baharu kedengaran di seluruh bandar di Teluk, termasuk Dubai, Doha dan Manama - bandar-bandar di mana Amerika Syarikat mempunyai kehadiran tentera.
Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.