Skip to main content

Singapura

Amerika, India, Ukraine ucap tahniah kepada Tharman, alu-alukan kerjasama rapat dua hala

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika, India, Ukraine ucap tahniah kepada Tharman, alu-alukan kerjasama rapat dua hala

Gambar: Raj Nadarajan/TODAY

Diterbitkan : 02 Sep 2023 05:55PM Dikemas Kini : 02 Sep 2023 08:09PM

SINGAPURA: Amerika Syarikat (AS), India dan Ukraine mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman Shanmugaratnam kerana dipilih menjadi Presiden kesembilan Singapura.

Encik Tharman, 66 tahun, memperoleh kemenangan besar, 70.4 peratus undi, manakala pesaing beliau, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian masing-masing menerima 15.72 peratus dan 13.88 peratus.

Pilihan raya pada Jumaat (1 Sep) itu, yang pertama sejak 2011 di mana rakyat memilih Presiden.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Sep), jurucakap Jabatan Negara Amerika, Matthew Miller berkata AS mengalu-alukan kerjasama rapat dengan Encik Tharman serta rakyat Singapura.

Mereka berharap untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama yang telah dibina sejak sekian lama antara kedua-dua negara.

Washington juga menzahirkan penghargaan kepada Presiden Halimah Yacob atas sumbangan beliau kepada hubungan dua hala, AS dan Singapura semasa penggal beliau menyandang jawatan Presiden wanita pertama Singapura.

Perdana Menteri India Narendra Modi juga mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman menerusi plaform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

"Saya harap dapat bekerja rapat dengan anda untuk memperkukuhkan lagi Kerjasama Strategik India-Singapura", kata Encik Modi.

Di platform yang sama, Duta Besar Ukraine di Singapura, Kateryna Zelenko berkata negaranya mengalu-alukan kerjasama dan jalinan persahabatan yang lebih erat.

   

Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita