Amazon Web Services buka ibu pejabat Asia-Pasifik di SG
Amazon mengembangkan perniagaannya di Singapura pada Rabu (12 Feb) dengan membuka pejabat kedua di daerah pusat perniagaan (CBD) yang juga beroperasi sebagai ibu pejabat unit pengkomputeran awan Asia Pasifik Amazon.

Pintu masuk ibu pejabat APAC Amazon Web Services di IOI Central Boulevard Towers. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
Hab Asia Pasifik Amazon Web Services (AWS) yang baharu terletak di IOI Central Boulevard Towers, dan ia seluas 360,000 kaki persegi dan mempunyai lapan tingkat di bangunan tersebut.
Ia boleh menampung sehingga 3,000 kakitangan dari lebih 100 pasukan tempatan dan serantau.
Satu lagi pejabat korporat Amazon di kawasan CBD Singapura dilancarkan pada 2021.
Ia seluas lebih 100,000 kaki persegi dan mempunyai tiga tingkat di bangunan Asia Square di Marina Bay.
Pejabat itu juga boleh menampung sehingga 700 kakitangan.
Gergasi teknologi Amazon mengumumkan pada Mei 2024 ia akan melaburkan dana tambahan S$12 bilion ke dalam prasarana awan Singapura mulai 2024 hingga 2024.
Menurut Amazon, pelaburan itu selain daripada komitmen pelaburan sebelum ini dijangka menyumbang sebanyak S$23.7 bilion kepada GDP Singapura menjelang 2028 dan menyokong 12,300 pekerjaan sepenuh masa dalam perniagaan tempatan setiap tahun.
Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu kini mempunyai lebih 2,500 kakitangan di Singapura, dari jabatan awan, korporat, retail, teknologi dan operasi.
Menurut Amazon ia merancang untuk menggajikan lebih 100 kakitangan tambahan dalam peranan awan dan korporat, sekali gus mengembangkan jumlah tenaga kerja tempatan.
"Pelaburan ini bersama-sama dengan pelaburan yang dirancang sebelum ini di seluruh rantau, mencerminkan keyakinan kami terhadap Singapura dan kedudukan rantau ini sebagai hab teknologi," kata pengarah pengurusan ASEAN di AWS, Encik Jeff Johnson.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.