Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amaran Pengarah NCID: Keadaan COVID-19 'mungkin lebih berbahaya dari sebelumnya'

"Sekiranya sebuah negara dibanjiri seperti India, ramai yang akan mati termasuk kanak-kanak dan orang muda" - amaran Dr David Lye dari NCID, sambil menggesa orang ramai ambil langkah waspada lebih ketat daripada yang ditetapkan Pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2021 06:23PM Dikemas Kini : 17 May 2021 09:53PM

SINGAPURA: Keadaan COVID-19 yang melanda Singapura sekarang mungkin lebih berbahaya daripada sebelum pemutus rantaian jangkitan tahun lalu. Ini memandangkan banyak kes dalam masyarakat tidak saling berkait dan penyebarannya yang melibatkan strain mutasi mungkin lebih "jauh dan meluas", kata seorang pakar penyakit berjangkit terkemuka sebagai amaran tentang bahaya pandemik COVID-19.

Dalam satu pesanan yang dikongsi di WhatsApp, Dr David Lye, pengarah penyelidikan penyakit berjangkit di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), menggesa orang ramai untuk "melakukan lebih daripada yang ditetapkan oleh Pemerintah", dengan duduk di rumah dan elakkan tempat-tempat yang sesak.

Beliau juga menggesa orang ramai agar membentuk kumpulan sosial mereka sendiri dan tidak bergaul di luar kumpulan itu.

Mediacorp mengesahkan dengan NCID pada Isnin (17 Mei) bahawa teks yang ditulis oleh Dr Lye itu adalah pandangan peribadinya.

Dr Lye menulis bahawa tahun 2020 akan dikenang sebagai tahun di mana penularan besar berlaku di dormitori dalam kalangan pekerja hijrahan, tetapi ia dapat dibendung dengan menutup dormitori.

"Banyak kes (baru-baru ini) tanpa hubung kait sekarang menunjukkan penyebaran ke masyarakat dari penularan Lapangan Terbang Changi mungkin meluas dan jauh," katanya.

Sebanyak 38 jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat disahkan di Singapura setakat tengah hari Ahad, dan 17 daripadanya tidak terhubung kait.

Selain duduk di rumah dan mengelakkan orang ramai, Dr Lye menggesa penduduk supaya membentuk kumpulan sosial kecil dan tidak bergaul dengan kumpulan di luar kumpulan ini.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya menutup mulut dan hidung apabila memakai pelitup walaupun ketika bersiar-siar di taman, dan menyeru lebih ramai untuk mendapatkan vaksin.

Dr Lye berkata bahawa kelompok COVID-19 baru-baru ini di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) menunjukkan bahawa "tidak cukup ramai warga senja yang rentan yang telah mendapat vaksin".

"Ini serius," tambahnya.

Dr Lye berkata bahawa walaupun Singapura memiliki vaksin dan rawatan yang efektif, dan kemampuan pengujian yang diperluas, negara ini berdepan dengan "jenis mutasi baru yang menjangkiti kakitangan TTSH dan Lapangan Terbang Changi walaupun ada pelitup dan vaksinasi".

Dr Lye berkata 40 hingga 50 peratus daripada mereka yang dijangkiti dalam penularan terbaru tidak menunjukkan gejala dan mempunyai tahap kebolehjangkitan serupa, sementara 10 peratus boleh jatuh sakit sehingga memerlukan oksigen.

Daripada kes-kes yang dilaporkan pada Ahad, enam daripada tujuh kes yang diuji positif awal untuk varian B1617 adalah kes tanpa kaitan. Varian ini sering disebut sebagai "mutasi berganda" dan pertama kali dikenal pasti di India.

"Sekiranya anda ingin menjaga keselamatan keluarga anda, anda perlu mendengar dan melakukan perkara di atas," kata Dr Lye. "Sekiranya sebuah negara dibanjiri seperti India, ramai yang akan mati termasuk kanak-kanak dan orang muda."

"Saya dan rakan sekerja tidak mahu berjumpa dengan anda di NCID atau hospital awam," tambahnya.

"Sila berkongsi dengan menyalin ke dinding media sosial anda sendiri atau kumpulan WhatsApp." 

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan