Amaran aktiviti air dekat Linkedua Tuas selepas tangki kimia jatuh ke laut
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah tangki kimia jatuh ke dalam laut dari Linkedua Tuas. (Gambar: Facebook/ICA)
SINGAPURA: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti air secara langsung dan aktiviti memancing di perairan sekitar Linkedua Tuas, termasuk kawasan berhampiran Raffles Marina.
Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (24 Jul).
Nasihat itu dikeluarkan selepas sebuah tangki kimia jatuh ke laut dari Linkedua pada Khamis petang setelah berlaku pelanggaran membabitkan dua lori tangki berat di sebelah Malaysia di pusat pemeriksaan itu, tambah agensi tersebut.
NEA dan agensi-agensi lain dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan-rakan sejawatan mereka dari Malaysia.
"Kami faham bahawa kapal tangki lain kekal utuh tanpa tumpahan kimia di jambatan," menurut NEA.
Tangki kimia itu mengandungi propilena glikol: cecair tidak berbahaya yang boleh mesra alam danb mudah urai. Bahan kimia itu lazimnya digunakan dalam makanan, farmaseutikal dan kosmetik.
"Propilena glikol boleh menyebabkan paras oksigen terlarut yang rendah di zon penternakan ikan Lim Chu Kang," menurut NEA.
NEA menyatakan bahawa Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan ladang-ladang ikan di kawasan tersebut supaya berwaspada, mempunyai langkah-langkah mitigasi dalam keadaan bersedia, dan memaklumkan kepada SFA jika terdapat keadaan ikan dan air yang tidak normal.
NEA menambah bahawa pihaknya sedang giat memantau mutu air di kawasan yang terjejas.
"Loji-loji penyahgaraman kami pada masa ini tidak terjejas dan PUB sedang memantau dengan rapi pengambilan air laut di loji-loji tersebut," tambahnya.

Sumber : CNA/NK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.