Skip to main content

Singapura

AMAP usul pengguna e-skuter berusia 16 tahun dan ke atas, lulus ujian teori sebelum tunggang di laluan awam

Penunggang e-skuter perlu lulus ujian teori yang diwajibkan dan berusia sekurang-kurangnya 16 tahun untuk menggunakan alat itu di laluan-laluan awam. Ini jika saranan-saranan yang diusulkan oleh Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) diterima oleh Pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Sep 2019 02:20PM Dikemas Kini : 27 Sep 2019 08:55PM

SINGAPURA: Penunggang e-skuter perlu lulus ujian teori yang diwajibkan dan berusia sekurang-kurangnya 16 tahun untuk menggunakan alat itu di laluan-laluan awam. Ini jika saranan-saranan yang diusulkan oleh Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) diterima oleh Pemerintah.

Panel tersebut, ditubuhkan pada 2015 untuk meneliti peraturan yang mentadbir penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD), menyerahkan saranan terkininya kepada Menteri Penyelaras bagi Prasana merangkap Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Selasa (27 Sep).

Ia menggariskan saranan-saranan berikut:

  • Untuk mewajibkannya, sebagai permulaan, supaya perniagaan memperolehi insurans liabiliti pihak ketiga yang memberi perlindungan kepada penunggang e-skuter yang menggunakan PMD bagi tujuan bekerja.
  • Untuk mengenakan peraturan usia minimum 16 tahun bagi menggunakan e-skuter di laluan awam, mereka yang berusia bawah 16 tahun boleh terus menunggang alat tersebut di bawah penyeliaan orang dewasa.
  • Untuk mewajibkan peraturan ujian teori diadakan bagi pengguna e-skuter sebelum mereka boleh menunggang di laluan awam.
  • Untuk tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit ketika sedang menunggang PMD di laluan awam kecuali jika ia dipasangkan pada alat tersebut atau digunakan dalam cara di mana ia tidak perlu dipegang.
  • Untuk memperkenalkan Kod Tatalaku bagi membimbing para pejalan kaki tentang bagaimana untu berkongsi laluan secara selamat bersama pengguna lain dan pengguna alat mobiliti aktif.

Saranan-saranan itu dibuat selepas kemalangan maut yang melibatkan seorang penunggang e-skuter dan pengayuh basikal warga tua.

Penunggang basikal berusia 65 tahun, Cik Ong Bee Eng, meninggal dunia akibat kecederaannya ekoran nahas itu.

Secara berasingan, Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min mengesahkan bahawa Kementerian Pengangkutan sudahpun menerima saranan terkini panel tersebut.

"Kami akan mengkaji cadangan-cadangan tersebut dan akan memberikan respons kami bila tiba waktunya," tulis beliau di laman Facebooknya.

Dr Lam juga meluahkan pandangan beliau berhubung kematian Cik Ong dan menulis tentang peri penting peraturan untuk menjaga keselamatan orang awam.

AMAP meliputi wakil-wakil daripada kumpulan kepentingan mobiliti aktif termasuk warga emas, belia, para pengayuh basikal, pemandu, pengguna dan pemimpin akar umbi. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita