Amanat Hari Kebangsaan PM Wong akan disiarkan pada 8 Ogos
Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lawrence Wong akan disiarkan pada 8 Ogos, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (3 Ogos).
Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lawrence Wong bagi 2025 dirakam di Padang, yang disifatkan beliau sebagai sebuah lokasi yang "kaya dengan sejarah dan penuh makna" bagi Singapura. (Gambar: MDDI)
PM Wong, yang juga Menteri Kewangan, akan menyampaikan amanatnya dalam Bahasa Inggeris.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan) Gan Kim Yong pula akan menyampaikan amanat dalam Bahasa Mandarin, manakala Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad akan menyampaikannya dalam Bahasa Melayu.
Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash akan menyampaikan amanat dalam Bahasa Tamil.
Siaran pertama dalam Bahasa Inggeris akan disiarkan di CNA dan CNA938 pada pukul 6.45 petang.
Amanat dalam Bahasa Mandarin pula akan disiarkan pada pukul 7.00 malam di Saluran 8 dan Capital 958, diikuti siaran dalam Bahasa Melayu di Suria pada pukul 8.30 malam.
Amanat dalam Bahasa Tamil akan disiarkan pada pukul 9.00 malam di Vasantham dan Oli 968.
Amanat Hari Kebangsaan dalam keempat-empat bahasa itu juga akan dimuat naik ke laman PMO serta saluran YouTubenya selepas siaran pertama.
Dalam Amanat Hari Kebangsaan 2025, PM Wong berkata Singapura perlu terus kekal "menonjol" dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik, termasuk dengan memanfaatkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.