Skip to main content

Singapura

Amanat Hari Kebangsaan PM Lee disiarkan pada 8 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Aug 2023 05:45PM Dikemas Kini : 03 Aug 2023 09:47PM
SINGAPURA: Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan disiarkan pada Selasa (8 Ogos).

PM Lee akan menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan berucap dalam bahasa Mandarin.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli akan menyampaikan ucapannya dalam bahasa Melayu.

Menteri Undang-undang merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam akan berucap dalam bahasa Tamil.

Siaran pertama dalam bahasa Inggeris akan disiarkan di CNA pada pukul 6.45 petang, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan media pada Khamis (3 Ogos).

Siaran dalam bahasa Melayu akan disiarkan di Suria pada pukul 8.30 malam, diikuti dengan siaran bahasa Mandarin di Saluran 8 dan Capital 958 pada pukul 8.45 malam.

Siaran dalam bahasa Tamil akan disiarkan pada pukul 9.00 malam di Vasantham dan Oli 968.

Amanat Hari Kebangsaan dalam empat bahasa itu juga akan disediakan di laman dan saluran YouTube PMO selepas tamat siaran pertama.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita