Amanat Hari Kebangsaan PM Lee disiarkan pada 8 Ogos
SINGAPURA: Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan disiarkan pada Isnin (8 Ogos).
PM Lee akan memberi ucapannya dalam bahasa Inggeris, manakala beberapa menteri lain akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa-bahasa rasmi lain.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli akan menyampaikan amanat itu dalam bahasa Melayu.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat bakal berucap dalam bahasa Mandarin, dan Menteri Pengangkutan S Iswaran dalam bahasa Tamil.
Siaran pertama dalam bahasa Inggeris akan disiarkan di CNA pada pukul 6.45 petang, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan medianya pada Rabu (3 Ogos).
Ia disusuli dengan bahasa Melayu yang akan disiarkan di Suria pada pukul 8.30 malam dan siaran Mandarin di Saluran 8 dan stesen radio Capital 958 pada pukul 8.45 malam.
Versi bahasa Tamil akan disiarkan pada pukul 9.00 malam di Vasantham dan stesen radio Oli 968.
Amanat Hari Kebangsaan dalam keempat-empat bahasa rasmi juga akan disiarkan di laman dan saluran YouTube PMO setelah tamat siaran pertama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.