Skip to main content

Singapura

Amanat Hari Kebangsaan PM Lee disiarkan Ahad ini

Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan disiarkan pada Ahad (9 Ogos) bersama-sama dengan para menteri lain yang akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Amanat Hari Kebangsaan PM Lee disiarkan Ahad ini

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 04 Aug 2020 06:07PM Dikemas Kini : 04 Aug 2020 06:09PM

SINGAPURA: Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan disiarkan pada Ahad (9 Ogos) bersama-sama dengan para menteri lain yang akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa lain.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan menyampaikan amanat itu dalam bahasan Mandarin sementara Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli pula bakal berucap dalam bahasa Melayu. Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Tamil.

Amanat pertama akan disiarkan pada 10.00 pagi Ahad, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan media hari ini (4 Ogos).

Amanat dalam bahasa Inggeris akan disiarkan melalui CNA, Saluran 5 dan CNA938 manakala
versi bahasa Mandarin akan disiarkan di Saluran 8, Saluran U serta ke udara di Capital 958. Versi bahasa Melayu akan disiarkan di Suria dan Warna 942 sementara amanat dalam bahasa Tamil akan disiarkan di Vasantham dan diputarkan di Oli 968.

Amanat Hari Kebangsaan itu kemudian akan dimuat naik ke laman web serta saluran YouTube PMO dalam kesemua empat bahasa.

Amanat Encik Lee juga akan menandakan bermulanya pertunjukan sebelah pagi bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Perbarisan tahun ini dibahagikan kepada dua pertunjukan - pada sebelah pagi dan petang - disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Di bawah tema "Bersama, Untuk Singapura Yang Lebih Teguh", NDP tahun ini menyeru rakyat Singapura supaya kekal bersatu sebagai sebuah negara dan berganding bahu untuk bangkit daripada cabaran-cabaran "lebih teguh daripada sebelumnya".

Logo NDP tahun ini juga menyelitkan satu tanda hati bagi melambangkan kasih sayang yang digandingkan dengan genggaman tangan untuk menandakan keyakinan. Logo berwarna merah dan ungu itu ibarat "semangat yang mengalir ke masa hadapan yang lebih cerah". 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita