Amanat Hari Kebangsaan PM Lee disiarkan 8 Ogos
Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan disiarkan pada 8 Ogos di CNA pada 6.45 petang.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Reuters/Etienne Oliveau)
SINGAPURA: Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan disiarkan pada 8 Ogos di CNA pada 6.45 petang.
Demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini (3 Ogos).
PM Lee akan berucap dalam bahasa Inggeris manakala amanat dalam bahasa Mandarin disampaikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat.
Amanat Encik Lee dalam bahasa Melayu akan disampaikan Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, pada 8.30 malam. Versi dalam Tamil pula disampaikan Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran.
Ucapan Hari Kebangsaan dalam keempat-empat bahasa rasmi boleh juga diikuti di laman PMO (www.pmo.gov.sg) dan saluran YouTube PMO (www.youtube.com/pmosingapore) selepas siaran ucapan pertama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.