Amah yang tikam majikan hampir 100 kali disabit kesalahan atas tuduhan lebih ringan
Seorang pembantu rumah yang dibicarakan kerana menikam majikannya sehingga mati, disabit kesalahan pada Isnin (6 Apr) atas tuduhan membunuh lebih ringan, dan mungkin akan terlepas daripada hukuman mati.
(Gambar hiasan: AFP/Getty Images/Joe Raedle)
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah yang dibicarakan kerana menikam majikannya sehingga mati, disabit kesalahan pada Isnin (6 Apr) atas tuduhan membunuh lebih ringan, dan mungkin akan terlepas daripada hukuman mati.
Daryati, seorang warga Indonesia 27 tahun, disabit kesalahan atas satu tuduhan mengelar Cik Seow Kim Choo, 59 tahun, beberapa kali dengan niat mencederakannya dengan cara yang boleh menyebabkan kematian.
Tuduhan membunuh lebih ringan di bawah Seksyen 300c diubah pada Isnin daripada tuduhan membawa hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 300a. Pihak pendakwa tidak menyerahkan sebarang dokumen yang menjelaskan sebab perubahan itu.
Pihak pendakwa berkata bahawa mereka tidak akan meminta bagi hukuman mati, dan akan menyerahkan hukuman kepada budi bicara mahkamah. Ini bermakna, Daryati sebaliknya mungkin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Hakim menangguhkan kes itu ke tarikh lain selepas peguam belanya berkata mereka memerlukan masa untuk mempersiapkan rayuan untuk mengurangkan hukuman.
Tuduhan kedua melibatkan percubaan membunuh suami Cik Seow juga akan dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.
Satu laporan autopsi mendapati terdapat sekurang-kurangnya 75 kesan tikaman di bahagian muka, kepala dan leher Cik Seow, manakala 19 kesan tikaman terdapat di bahagian lengan kirinya.
Satu laporan psikiatrik dari Institut Kesihatan Mental mendapati bahawa Daryati
mengalami gangguan penyesuaian (adjustment disorder) dua minggu sebelum pembunuhan itu.
Bagi jenayah membunuh di bawah Seksyen 300c, Daryati boleh dijatuhi hukuman mati atau dipenjara seumur hidup. Dia tidak boleh disebat kerana dia seorang wanita.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.