Skip to main content

Singapura

Amah Myanmar didera sampai mati terlalu kurus sehingga ototnya lenyap

Anggaran Waktu Membaca:
Amah Myanmar didera sampai mati terlalu kurus sehingga ototnya lenyap

Gambar: CNA/Syamil Sapari, Facebook/Helping Hands for Migrant Workers, Singapore

Diterbitkan : 24 Jul 2023 08:57PM
SINGAPURA: Seorang pakar patologi forensik kanan pada Isnin (24 Jul) memberi keterangan mengenai seorang amah Myanmar yang berada dalam keadaan kekurangan zat makanan yang teruk apabila beliau didera sampai mati pada 2016. Beliau memberi gambaran bahawa otot mendiang lenyap.

Terdapat tiada lemak di sekeliling organ tersebut dalam rongga perut Cik Piang Ngaih Don dan tulangnya malah, terkeluar, kata Dr George Paul, yang mempunyai 42 tahun pengalaman dalam bidangnya.

Dia berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Kevin Chelvam, pegawai polis yang digantung tugas, dan tinggal di flat di mana penderaan tersebut berlaku.


Chelvam, 44 tahun, sedang dibicarakan atas empat tuduhan mencederakan amahnya, bersubahat dengan isteri untuk membuat mangsa kebuluran, menghapuskan bukti dalam bentuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berbohong kepada polis.

Dr Paul telah melakukan bedah siasat ke atas Piang Ngaih Don, yang berusia 24 tahun. Mangsa meninggal dunia di tangan isteri Chelvam, Gaiyathiri Murugayan dan ibu mertuanya, Prema S Naraynasamy.

Kedua-duanya masing-masing sedang menjalani hukuman penjara 30 dan 17 tahun atas kesalahan yang dilakukan.

Mangsa meninggal dunia akibat hypoxic ischaemic encephalopathy, sejenis kecederaan otak, menyusuli trauma teruk pada bahagian lehernya, setelah diikat pada pagar tingkap dan dibiarkan kebuluran selama beberapa minggu.

Selain serangan yang dilakukan secara berkala, mangsa juga diberi sedikit makanan, kadangkala hanya diberikan roti yang dicelup dalam air dan ditinggalkan dalam singki untuknya.

BMI SESEORANG YANG MENGHIDAPI BARAH LANJUT

Dr Paul menjalankan bedah siasat ke atas Cik Piang Ngaih Don pada 27 Julai 2016, iaitu sehari selepas mangsa ditemui mati di flat majikannya oleh doktor keluarga itu.

"Mendiang terlalu kurus, dengan hampir tiada daging pada pipi, muka dan lehernya dan tulang selangka semuanya terkeluar," kata Dr Paul.

Mangsa setinggi 145 sentimeter dan mempunyai berat badan 39kg pada April 2015, sebelum dia mula bekerja untuk keluarga itu.

Setelah dia meninggal dunia, berat badannya termasuk beg mayat hanya seberat 24kg.

Indeks jisim badannya (BMI) merosot daripada sekitar 18.3 kepada 11.26 dalam tempoh 10 bulan.


BAGAIMANA ZAT YANG SEDIKIT MEMBURUKKAN KECEDERAAN LEHER

Dr Paul menarik perhatian bahawa keadaan zat yang sedikit memburukkan ketidakupayaannya untuk menangani trauma pada lehernya berulang kali.


Perbicaraan tersebut diteruskan.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita