Amah ditahan selepas lelaki 73 tahun ditemui mati di Bishan
(Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Polis menahan seorang pembantu rumah berusia 49 tahun kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki berusia 73 tahun.
Menurut polis mereka dimaklumkan pada 8.50 malam semalam (28 Apr) mengenai kes kematian di sebuah unit kediaman di Bishan Street 23.
Sebaik tiba di tempat kejadian, mereka menemui lelaki itu terbaring tidak bergerak di dalam rumah tersebut. Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di tempat kejadian.
Wanita berkenaan, yang bekerja di rumah yang sama kemudiannya ditahan.
Dia akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (30 Apr)atas tuduhan membunuh. Jika sabit kesalahan, dia berdepan dengan hukuman mati.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.