Amah dipenjara kerana gigit, cubit bayi enggan tidur
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail bayi sedang tidur. (Gambar: iStock/nataliaspb)
SINGAPURA: Seorang amah yang menjaga bayi berusia 11 bulan dijatuhi hukuman penjara 20 bulan pada Khamis (6 Feb) atas kesalahan menggigit dan mencubit seorang bayi.
Kecederaan itu menyebabkan adanya kesan gigitan dan lebam pada tubuh bayi.
Wanita itu, seorang warga Myanmar berusia 24 tahun, mengaku bersalah kerana dia berasa 'geram' apabila bayi itu tidak mahu tidur.
Dalam mitigasinya, dia berkata bahawa dia ditugaskan untuk tidur bersama bayi itu, dan hanya boleh tidur selepas tengah malam setiap hari. Pada siang hari, dia perlu melakukan kerja rumah tanpa sebarang rehat, tambahnya.
"Saya tidak cukup rehat setiap hari," katanya kepada mahkamah melalui jurubahasa Myanmar.
Bagaimanapun, Hakim Daerah Paul Chan berkata ini tidak mengurangkan kesalahan wanita itu atau meringankan hukumannya.
Pada 20 November 2024, pembantu rumah itu memberitahu majikannya tentang kesan gigitan pada lengan bayi semasa memandikannya.
Ketika disoal siasat, dia berkata dia tidak tahu bagaimana ia berlaku.
Ibu bayi itu memeriksa rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) di dalam rumah.
Pada 19 November 2024, pembantu rumah itu mengangkat bayi yang menangis. Bayi itu pula dilihat cuba menjauhinya.
Dia mengaku mencubit bayi dua kali di pinggang dan menggigit lengannya pada 20 November 2024 kerana 'geram' bayi itu tidak tidur.
Timbalan Pendakwa Raya DPP J Jayaletchmi berkata pembantu rumah itu menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjaga bayi itu, dan berbohong kepada ibu bapa mangsa mengenai kesan gigitan.
“Adalah penting untuk menyatakan bahawa kanak-kanak adalah orang yang rentan dan mesti diberi perlindungan penuh undang-undang,” kata Hakim Chan.
Mahkamah telah menegaskan bahawa keganasan terhadap kanak-kanak tidak akan diterima.
Hukuman kerana mendera kanak-kanak ialah penjara sehingga lapan tahun, denda sehingga S$8,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.