Amah dipenjara gara-gara mencuri, bayar balik sebahagian wang guna gaji yang disimpan majikan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: iStock
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah berusia 25 tahun dijatuhI hukuman penjara sebulan pada hari Jumaat (2 Sep) kerana mencuri sekitar S$4,600 daripada keluarga majikannya.
Dia menghantar sebahagian besar wang tersebut ke Indonesia dan menggunakan sebahagiannya lagi untuk membeli pakaian, produk kosmetik dan telefon bimbit.
Bela Kharisma Lut Fitriana membayar balik sekitar S$3,500 menggunakan gaji yang disimpan oleh majikannya. Mahkamah diberitahu bahawa dia tidak mempunyai sumber wang lain untuk membayar bakinya.
Bela mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencuri, dengan pertuduhan lain diambil kira.
Mahkamah mendengar bahawa Bela mula bekerja dengan majikannya pada April 2020. Dia masak untuk keluarga majikannya dan melakukan kerja rumah. Dia diberi akses ke bilik tidur mangsa-mangsanya, seorang wanita berusia 42 tahun, serta ayah wanita itu, yang berumur 74 tahun.
Tertuduh mendapat tahu mangsa mempunyai peti besi di dalam almari di biliknya dan menjumpai kata laluan peti tersebut di dalam sebuah buku. Dia juga memerhatikan bahawa ayah mangsa sering meninggalkan dompetnya di dalam laci yang tidak dikunci.
Antara April dengan Disember 2021, Bela mengambil sekurang-kurangnya S$1,468 daripada peti tersebut dan S$3,150 daripada dompet itu.
Beliau mendapat bantuan rakannya yang juga seorang pembantu rumah, untuk menghantar S$3,390 kepada keluarganya di Indonesia pada masa yang berbeza.
Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli pakaian, produk kosmetik, jam tangan dan dua telefon bimbit.
Sementara itu, mangsa mula menyedari bahawa beliau kehilangan wang. Pada 30 Disember 2021, mangsa pertama menyoal Bela mengenai wang yang hilang dari peti besi dan dompet ayahnya. Bela kemudian mengaku mencuri.
Aduan polis sudah dibuat dan polis merampas 25 barangan yang dibeli Bela menggunakan wang yang dicuri itu. Ini termasuk seluar jeans, jaket, baju, gincu, losyen badan dan krim malam.
Pendakwa meminta penjara satu hingga dua bulan, sambil menambah bahawa Bela melakukan kesalahan itu dalam tempoh yang lama. Namun, beliau juga mengambil kira bahawa pembayaran balik sudah dibuat.
Bela, yang tidak diwakili peguam, meminta kelonggaran menerusi seorang jurubahasa. Dia menyuarakan hasrat untuk pulang ke Indonesia.
Apabila hakim bertanya sama ada dia boleh membayar balik baki wang yang dicurinya, Bela berkata dia tidak mempunyai sumber lain dan tidak cukup wang.
Hukuman penjaranya dipercepatkan pada tarikh dia ditangkap, iaitu pada Ogos tahun ini.
Bagi kesalahan mencuri di kediaman, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.