Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amah dijel; tikam hingga mati majikan 95 tahun yang meludah mukanya

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Selepas majikannya yang berusia 95 tahun, meludah di mukanya, seorang pembantu rumah menjadi marah dan memutuskan untuk bertindak balas.

Pembantu rumah dari Myanmar itu mengambil dua bilah pisau dari dapur lalu menikam wanita warga emas itu ketika beliau sedang tidur. Salah satu daripada pisau yang digunakan, menusuk mulut mangsa manakala pisau yang lain dirodok pada lehernya.

Sandar Htoo, yang dinyatakan berusia 36 tahun, dijatuhi hukuman penjara 16 tahun pada Selasa (15 Nov).

Sandar mengaku bersalah atas satu tuduhan membunuh tanpa niat. Dia mengalami gangguan penyesuaian yang menjejaskan tanggungjawabnya terhadap perbuatan itu, menurut pihak pendakwa.

Mahkamah diberitahu bahawa Sander mula bekerja dengan mangsa, Cik Ang Pek Chai di rumahnya di Serangoon pada Februari 2020.

Cik Ang, merupakan majikan kedua Sandar, dan tinggal di sebuah rumah di Recreation Road bersama dengan anak lelakinya yang berusia 78 tahun. Mendiang juga mempunyai tiga orang lagi anak, yang tinggal di rumah-rumah berdekatan.

Sandar ditugaskan untuk melakukan kerja rumah dan menjadi penjaga utama Cik Ang, yang sukar berjalan, dan bergantung kepada Sandar untuk bergerak di dalam rumah.

Pada pagi 6 Julai 2020, Sandar sedang melakukan kerja-kerja rumah pada sekitar 8.00 pagi apabila dia terdengar Cik Ang menggunakan tandas di tingkat atas rumah tersebut.

Dia pun bergegas ke atas untuk membantunya, tetapi mendapati Cik Ang sedang keluar daripada tandas menggunakan tongkatnya.

Cik Ang menjadi marah kerana Sandar lambat membantunya lalu memarahi wanita itu sebelum meludah muka Sandar lebih daripada satu kali.

TERTUDUH RASA DIHINA DAN NAIK MARAH

Sandar naik marah namun mendiamkan diri.

Dia mendakwa kejadian itu bukan kali pertama Cik Ang melayaninya dengan kurang baik. Menurut Sandar, Cik Ang sebelum ini memarahi dan menamparnya.

Ketika Cik Ang tidur, dia pergi ke dapur lalu mengambil dua bilah pisau, yang mana satu daripadanya sepanjang 30 sentimeter manakala satu lagi sepanjang 18 sentimeter.

Selepas menikam mangsa, Sandar melarikan diri dengan memanjat pagar dan berlari ke arah Upper Serangoon Road. Dia meminta bantuan seorang pejalan kaki untuk pergi ke balai polis.

Sebaik tiba di balai polis, Sandar memberitahu bahawa majikannya dibunuh.

Dia dibawa ke kediaman berkenaan di mana Cik Ang ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan