Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amah dijel kerana berkali-kali cubit pesakit barah lanjut usia

Seorang pembantu rumah dikenakan hukuman penjara selama empat bulan kerana berkali-kali mencubit seorang wanita warga tua yang terlantar di hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Amah dijel kerana berkali-kali cubit pesakit barah lanjut usia

Gambar fail NUH.

Diterbitkan : 12 Sep 2019 03:16PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 03:17PM

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah dikenakan hukuman penjara selama empat bulan kerana berkali-kali mencubit seorang wanita warga tua yang terlantar di hospital.

Lain Ngain, seorang warga Myanmar, mencubit Wee Keu Hoi sebanyak tiga kali di bahagian pipi kirinya, dan satu kali masing-masing pada bahagian lengan dan payudara kirinya dan hidung wanita lanjut usia itu.

Cik Wee, seorang pesakit barah yang berusia 67 tahun, dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) kerana menghidap barah buah pinggang peringkat lewat.

Pembantu rumah berusia 28 tahun itu ditugaskan untuk menjaga dan memenuhi keperluannya.

Perbuatannya itu terbongkar apabila anak lelaki Cik Wee memaklumkan jururawat yang bertugas pada masa itu, mengenai peristiwa tersebut, yang kemudian menyemak rakaman CCTV.

Anak lelaki Cik Wee kemudian membuat aduan polis pada 2 Januari tahun ini. Ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 23 Januari.

Lain Ngain mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja, pembantu rumah itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan