Skip to main content

Singapura

Amah didera sampai mati dipanggil 'anjing' dalam ruang sembang keluarga

Anggaran Waktu Membaca:
Amah didera sampai mati dipanggil 'anjing' dalam ruang sembang keluarga

Gambar: CNA/Syamil Sapari, Facebook/Helping Hands for Migrant Workers, Singapore

Diterbitkan : 25 Jul 2023 08:55PM
SINGAPURA: Seorang amah yang dipukul sampai mati selepas didera dan dibiarkan kebuluran selama beberapa bulan, dipanggil "anjing" dalam kumpulan sembang dan didapati memanjat keluar daripada tingkap pada suatu ketika.

Mahkamah diberitahu demikian pada Selasa (25 Jul).

Maklumat tersebut didedahkan di mahkamah semasa perbicaraan yang sedang dijalankan terhadap Kevin Chelvam, pegawai polis yang digantung tugas.

Isterinya dipercayai memukul amah Myanmar berusia 24 tahun itu sehingga mati pada Julai 2016.

Chelvam, 44 tahun, sedang dibicarakan atas empat tuduhan mencederakan amahnya, bersubahat dengan isteri untuk membuat mangsa kebuluran, menghapuskan bukti dalam bentuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berbohong kepada polis.

Isterinya, Gaiyathiri Murugayan, sedang menjalani hukuman penjara selama 30 tahun atas pertuduhan membunuh tanpa niat bagi kes tersebut. Ibu mentua Chelvam, Prema S Naraynasamy pula dipenjara selama 17 tahun atas peranannya dalam penderaan berkenaan.

Pasangan tersebut sudah bercerai sejak itu.


Seorang pakar patologi forensik kanan memberi keterangan sehari sebelum itu mengenai keadaan mangsa yang kekurangan zat makanan yang teruk.

Setelah mangsa meninggal dunia, berat badannya termasuk beg mayat hanya seberat 24kg.

Dia turun 15kg sepanjang 10 bulan semasa bekerja dengan majikan yang menderanya itu.

Prema dijangka memberi keterangan pada Rabu dalam perbicaraan terhadap Chelvam itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita