Amah didakwa bunuh lelaki 73 tahun di Bishan
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah berusia 49 tahun didakwa pada Sabtu (30 Apr) atas tuduhan membunuh seorang lelaki berumur 73 tahun di Bishan.
Sumiyati, yang dikenali dengan hanya satu nama, tampil di Mahkamah Negara menerusi pautan video dari pusat reman dan mengikuti prosiding mahkamah melalui seorang penterjemah Bahasa Indonesia.
Dia ditahan reman untuk pemerhatian psikiatrik dan akan kembali ke mahkamah pada bulan depan.
Sumiyati menganggukkan kepalanya untuk menunjukkan dia faham prosiding mahkamah tersebut dan tidak mengajukan sebarang soalan.
Pada Jumaat (29 Apr), polis menyatakan ia dimaklumkan sekitar pukul 8.50 malam Khamis tentang satu kematian di sebuah flat di Bishan Street 23.
Setibanya di tempat kejadian, polis menemui mangsa baring terbujur di dalam flat tersebut. Mangsa kemudian diisytiharkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di tempat kejadian.
Amah itu, yang bekerja di rumah mangsa, kemudian diberkas.
Mereka yang disabit kesalahan membunuh boleh menghadapi hukuman mati.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.