Amah didakwa bantu tailong muat naik iklan di TikTok
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah didakwa pada Rabu (28 Feb) kerana membantu beberapa tailong memuat naik iklan di aplikasi media sosial TikTok.
Ida Yuliati, seorang warga Indonesia berusia 43 tahun, dikenakan satu pertuduhan di bawah Akta Pemiutang kerana membantu pemiutang tidak berlesen dalam perniagaan mereka.
Ida memberitahu mahkamah bahawa dia akan mengaku bersalah, namun mendakwa dia tidak sedar bahawa dia meminjam daripada pemiutang tidak berlesen.
Menurut kenyataan polis sebel um ini, pihaknya menyatakan ia menerima lebih daripada 10 aduan polis mengenai akaun TikTok yang mempromosikan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.
Ida didakwa membantu pemiutang tersebut memuat naik 20 iklan pinjaman wang di TikTok antara 14 Jun dan 25 Jun tahun lalu di Wilkinson Road.
Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) mengenal pasti Ida sebagai individu di sebalik akaun tersebut.
Polis menyatakan bahawa ia akan terus mengambil "tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mereka yang terlibat dalam perniagaan pinjaman", termasuk mereka yang mempromosikan aktiviti tersebut di media sosial.
Polis menambah bahawa mereka sudah bekerjasama dengan kementerian dan rakan kongsi yang relevan untuk mendidik pekerja hijrahan terhadap peminjaman wang daripada pemiutang tidak berlesen.
Jika didapati bersalah membantu pemiutang tidak berlesen dalam perniagaan mereka, Ida boleh diberi hukuman penjara sehingga empat tahun dan didenda antara S$30,000 dan S$300,000.
Disebabkan tuduhannya digabungkan atau melibatkan beberapa insiden yang dikumpulkan, dia boleh berdepan seganda daripada hukuman tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.