Skip to main content

Singapura

Amah dalang curi lebih S$14,000 dari akaun simpanan majikan dipenjara 6 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Amah dalang curi lebih S$14,000 dari akaun simpanan majikan dipenjara 6 bulan

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 28 Dec 2022 04:44PM
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah mencuri kad ATM majikannya, yang merupakan seorang warga emas, sedang dia melakukan kerja-kerja membersihkan rumah. Dia kemudian menghantar kad tersebut menerusi khidmat penghantaran kepada seorang teman lalu memperdaya temannya itu untuk mengeluarkan S$14,350 daripada akaun simpanan mangsa.

Huriah, 29 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada Rabu (28 Dis) bagi jenayahnya.

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan bersubahat mencuri, dengan tiga lagi tuduhan diambil kira.

Mahkamah diberitahu Huriah, warga Indonesia, bekerja dengan seorang wanita yang berusia 75 tahun yang tinggal bersama suaminya.

Dia mula bekerja sebagai seorang pembantu rumah pada Oktober 2021 dan menerima gaji sebanyak S$635 sebulan. Berdasarkan kenyataan Huriah, mangsa dan keluarganya melayannya dengan baik.

Pada September 2022, Huriah mendapati bahawa mangsa menyimpan kad banknya termasuk kad ATM UOB dalam beg tangan beliau.

Mangsa itu juga menyimpan sebuah buku nota yang mengandungi kata kunci bagi kad bank tersebut dalam beg tersebut.

Pada bulan yang sama, Huriah mencuri kad UOB itu semasa menjalankan tugasnya membersihkan kediaman tersebut. Dia menghantar kad tersebut kepada temannya, Fujirah Febri Jamaryanti, melalui khidmat penghantaran.

Huriah memperdaya Fujirah untuk mengeluarkan wang sejumlah S$14,350 dari akaun simpanan mangsa dengan kad UOB itu.

Tiada wang diperolehi semula dan tiada pengembalian dibuat.

Mangsa membuat aduan polis pada Oktober 2022, yang menyatakan bahawa terdapat empat pengeluaran wang tanpa kebenaran yang dilaksanakan daripada akaun simpanan POSBnya, yang berjumlah S$3,000.

Huriah melakukan demikian pada Oktober 2022, dalam satu tuduhan yang juga diambil kira.

Mediacorp difahamkan bahawa Fujirah sudahpun diberi satu nasihat dan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadapnya.

Hukuman bagi kesalahan mencuri adalah tempoh penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita