Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Alumni NUS guna sisa plastik, kaca bina taman terapung bagi tumbuhan boleh dimakan

Encik Ibnur Rashad memerah otak memikirkan bagaimana untuk membina 'chinampa' - yang juga dikenali sebagai pulau terapung, iaitu suatu teknik pertanian Mexico yang membolehkan tanaman tumbuh dalam perairan cetek - apabila pertemuannya dengan seorang wanita membawa botol air yang dikitar semula memberinya inspirasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Alumni NUS guna sisa plastik, kaca bina taman terapung bagi tumbuhan boleh dimakan

Penuntut kejuruteraan sekitaran NUS Ong Kok Chung, Dr Richard Betts, Encik Ibnur Rashad dan Cik Isabelle Lim di Kampung Kampus pada 13 Jan 2022. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Encik Ibnur Rashad memerah otak memikirkan bagaimana untuk membina 'chinampa' - yang juga dikenali sebagai pulau terapung, iaitu suatu teknik pertanian Mexico yang membolehkan tanaman tumbuh dalam perairan cetek - apabila pertemuannya dengan seorang wanita membawa botol air yang dikitar semula memberinya inspirasi.

Wanita tersebut telah bertanya jika ada tong kitar semula di kawasan itu kerana beliau mahu mengitar semula botol-botol tersebut.

"Pada ketika itu saya terfikir: Ah! Mengapa tidak saya buat pulau-pulau ini terapung dengan menggunakan botol air yang dikitar semula?" kata Encik Ibnur, pengasas Ground-Up Innovation Labs for Development - syarikat perundingan yang membantu syarikat-syarikat mencari huraian mampan.

Daripada botol-botol air yang dikitar semula, inisiatif itu diperluaskan kepada penggunaan bekas produk kecantikan yang dibuang.

Encik Ibnur, 36 tahun, dan pasukannya yang terdiri daripada lima alumni-pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) baru-baru ini menerima geran S$40,000 daripada L'Oreal Singapore, Majlis Pembangunan Masyarakat Barat Daya, NUS, Agensi Sekitaran Nasional (NEA) dan SembWaste.

Geran tersebut adalah sebahagian inisiatif Wadah Ujian Sisa Sifar, yang bertujuan menyokong belia dalam mencipta bersama huraian inovatif ke arah sisa sifar dan ekonomi berputar.

Encik Ibnur dan pasukannya akan bekerjasama dengan dua mentor dari L'Oreal bagi mencipta semula taman-taman terapung bagi tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan seperti kangkong dan daun kesum menggunakan plastik dan kaca daripada bekas produk kecantikan yang dibuang.

Kaca yang dikitar semula dipecahkan menjadi serpihan-serpihan halus yang ditambah kepada substrat, yang dijadikan lapisan kedua 'chinampa', di mana tanaman itu tumbuh.

Menurut Encik Ibnur, serpihan kaca itu membantu tanaman tumbuh dengan lebih cepat.

Pasukan Encik Ibnur berharap dapat menyumbang kepada keselamatan bekalan makanan di Singapura sambil sekitaran tanah terhad kerana taman-taman mini itu boleh dibina di perairan berbanding tanah. 'Chinampa' berukuran sekitar 0.5 meter kali 0.5 meter setiap satu.

Prototaipnya kini terletak di Kampung Kampus, yang juga kampus pembelajaran melalui pengalaman yang didorong alam sekitar. Ia juga menempatkan pertubuhan tidak mengaut untung Ground-Up Initiative, dan taman rakyat lain, di mana pasukan itu sedang menjalani uji cuba dan menanam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

Mereka akan membina lebih banyak taman terapung di Pusat Sains Singapura dalam bulan-bulan mendatang. menurut Cik Isabelle Lim, pengarah bertanggungjawab bagi kemampanan di L'Oreal Singapore.

Orang ramai boleh mendaftar bagi mengikuti bengkel-bengkel percuma bagi melihat 'chinampa' terapung itu dan juga menuai tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan di Pusat Sains itu.

Maklumat lanjut akan diumumkan di laman Facebook NEA dan CDC Barat Daya.

Sumber : Today/IM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan