Alumni Madrasah Aljunied, relawan M³ Jalan Besar agih bubur kepada penduduk Geylang Bahru
Usaha murni itu adalah inisiatif bersama 30 anggota alumni Madrasah Aljunied Al-Islamiyah (ALMAS) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kolam Ayer dan M³ Jalan Besar.
Setiap penerima mendapat bubur yang dimasak sendiri oleh para relawan ALMAS, buah kurma dan bento makanan berkat hasil sumbangan zakat dan fidyah yang diterima oleh masyarakat.
MADRASAH ALJUNEID BUKAN SAHAJA SUMBANG KEPAKARAN ILMU AGAMA TETAPI JUGA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
"Antara matlamat kami untuk adakan acara ini adalah untuk memberikan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan dan Alhamdulillah kita dapat bekerjasama dengan masyarakat dan juga badan-badan.
"Kita dapat berkumpul sebagai alumni dan juga keluarga kita untuk memberikan sumbangan dan juga bantuan kembali kepada masyarakat," kata Presiden ALMAS, Ustaz Mohamad Zakir Isahak.

r Isahak.
Penasihat bagi GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah yang turut sama menyertai pengagihan itu mengalu-alukan usaha itu.
"Inisiatif hari ini oleh Alumni Madrasah Aljunied bersama M³ di Jalan Besar adalah yang paling berharga khususnya dalam memperkukuh kan semangat kemasyarakatan di bulan Ramadan ini. Usaha ini bukan hanya tentang memberikan makanan, tetapi merupakan wujudnya keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan," kata Dr Wan Rizal.
Ia juga dapat membangkitkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.
"Melalui aktiviti seperti ini, kita dapat mempereratkan lagi tali silaturahim antara masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura serta meneruskan tradisi memberi yang telah lama menjadi sebahagian daripada nilai-nilai kita.
"Saya juga harap usaha ini menggalakkan lebih ramai individu dan organisasi untuk tampil ke hadapan, melakukan tindakan yang serupa dan menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang," ujar Dr Wan Rizal.
RELAWAN BERPUAS HATI DAPAT MENYUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT
Relawan ALMAS yang turun padang, berbesar hati dapat menyumbang tenaga dalam usaha yang murni itu.
"Alhamdulillah saya sebenarnya berbesar hati kerana dijemput oleh Dr Wan Rizal dari MAEC Kolam Ayer dan M3 Jalan Besar untuk bersama-sama dengan rakan-rakan alumni saya daripada Madrasah Aljunied daripada tahun 80-an dan 90-an.
"Memberi peluang untuk teman-teman saya, sahabat-sahabat saya untuk sama-sama membantu dalam usaha mendekati masyarakat kita dan memberi habuan kepada mereka," kongsi Ustazah Kalthom Mohammad Isa.

"Kami berharap ini bukan usaha pertama, akan datang kami berharap supaya ada lagi kerjasama dari pihak MAEC bersama Alumni Madrasah Aljuneid dan kepada kesemua asatizah yang lain juga," tambah Ustazah Kalthom.
Relawan MAEC Kolam Ayer Cik Nadia Chin pula gembira dapat menyumbang kepada masyarakat.
"Saya sanggup sumbang tenaga untuk membantu dalam usaha kali ini kerana saya suka berkhidmat kepada masyarakat. Saya sangat gembira dan harap dapat menyumbang tenaga secara sukarela dengan lebih kerap agar saya dapat membantu masyarakat," kata Cik Nadia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.