Alternatif perlu dicari apabila penghantaran tidak boleh dibuat, bukan palsukan data: SingPost
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: lavendertime/iStock
SINGAPURA: Singapore Post bekerjasama dengan pelanggannya untuk mengenal pasti pilihan atau alternatif yang sesuai, apabila timbulnya "keadaan yang tidak dijangka" yang secara tidak langsung bermakna penghantaran tidak dapat dilakukan.
Itulah pendekatan umum syarikat itu, dan bukannya membuat kemasukan data manual palsu "kegagalan penghantaran" palsu apabila tiada percubaan penghantaran dibuat, kata jurucakap syarikat penyedia khidmat pos negara itu kepada Mediacorp pada Khamis (2 Jan).
"Semua kontrak kami mempunyai klausa kuasa majeure untuk meliputi situasi di mana, ia terlalu berbahaya untuk menghantar, dan pelanggan sedar akan syarat-syarat ini," kata SingPost.
"Sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka, pendekatan standard adalah untuk bekerjasama dengan pelanggan kami untuk mengenal pasti pilihan atau alternatif yang sesuai, bukan memalsukan kemas kini status melalui kemasukan manual apabila tiada percubaan penghantaran dibuat."
Klausa kuasa majeure SingPost, seperti yang digariskan dalam terma dan syarat umumnya, menyatakan bahawa syarikat itu "tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan" yang timbul daripada kegagalan atau kelewatannya untuk melaksanakan kewajipannya di bawah perjanjian dengan pelanggan, sekiranya kegagalan atau kelewatan itu adalah hasil daripada "sebarang keadaan di luar kawalannya".
Ini termasuk dalam situasi tercetusnya wabak atau sebarang tindakan permusuhan, keadaan cuaca, atau sebarang keadaan lain yang menjejaskan bekalan barangan dan perkhidmatan.
"SEBILANGAN BESAR" PENGHANTARAN YANG DIKETAHUI ADA KAITAN DENGAN DESTINASI YANG ADA ISU YANG DIKETAHUI
SingPost mengumumkan pada 22 Disember mengenai pemecatan CEO Vincent Phang, ketua pegawai kewangan (CFO) kumpulan Vincent Yik dan ketua eksekutif unit perniagaan antarabangsa syarikat Li Yu atas salah pengendalian laporan pemberi maklumat.
Satu laporan pemberi maklumat telah difailkan awal tahun ini mengenai perniagaan logistik bungkusan e-dagang antarabangsa SingPost. Ia mendakwa terdapat kemasukan manual kod status penghantaran tertentu bagi bungkusan pemunggahan bungkusan dari kapal ke kapal antarabangsa yang telah dipersetujui oleh syarikat untuk dihantar di bawah perjanjian dengan salah satu pelanggan terbesarnya.
Kemasukan manual itu didakwa dilakukan tanpa asas atau dokumen sokongan dan dengan niat untuk mengelakkan denda kontrak di bawah perjanjian tersebut.
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), pengawal selia pos Singapura, juga menerima laporan pemberi maklumat mengenai isu yang sama itu.
Semakan semula bebas yang dijalankan, mendapati bahawa ketiga-tiga eksekutif kanan SingPost itu "amat cuai" dalam menangani siasatan dalaman berhubung laporan pemberi maklumat dan pembaharuan perjanjian yang berkaitan.
Mereka "telah mengabaikan fakta penting yang telah menjejas proses membuat keputusan mereka dan/atau gagal melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan boleh dipercayai," kata syarikat itu dalam pemfailan di Bursa Singapura (SGX).
Dalam menangani laporan pemberi maklumat itu, ketiga-tiga individu tersebut telah “memberi perhatian tidak wajar” terhadap perwakilan salah yang dibuat beberapa pekerja di unit perniagaan antarabangsa.
Mereka berbuat demikian tanpa sebarang pengesahan atau bukti bebas, dan seterusnya membuat beberapa salah nyata serius kepada jawatankuasa audit.
Ketiga-tiga eksekutif itu juga didapati gagal melaksanakan pemeriksaan yang wajar dan melanggar tanggungjawab mereka terhadap syarikat.
SingPost berkata lembaga pengarahnya telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pertimbangan ketiga-tiga eksekutif itu dan keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas mereka, disebabkan tahap serius kecuaian ini.
Prosiding disiplin terhadap ketiga-tiga mereka berakhir pada 20 Disember, dan mereka diberhentikan tugas serta-merta pada hari berikutnya.
"Pemecatan pengurusan kanan adalah keputusan yang dipertimbangkan dengan teliti oleh lembaga pengarah, berdasarkan fakta yang telah ditetapkan dan disokong oleh nasihat undang-undang, termasuk pendapat bebas kedua daripada peguam kanan firma undang-undang lain," kata pengerusi Simon Israel dalam pemfailan SGX pada 29 Disember.
SingPost menyatakan ketiga-tiga eksekutif tertinggi itu membuat dakwaan palsu yang termasuk:
Kedua-dua lelaki itu berkata mereka tidak sedar akan fakta penuh perkara tersebut apabila diminta pandangan mereka pada 11 Mac dan 3 April, dan "memberi respons berdasarkan fakta yang diberikan kepada kami pada masa itu".
Mereka menambah mereka hanya mengetahui "fakta penuh" selepas siasatan pasukan forensik luar mendedahkan hubungan sebab musabab itu pada 27 April.
"Sebaik sahaja pihak pengurusan diberi taklimat mengenai laporan dan dapatan muktamad berikutan siasatan pasukan forensik luar, kami bersetuju dan mematuhi arahan lembaga pengarah."
Ketiga-tiga eksekutif kanan itu menyatakan, mereka akan mempertikaikan pemecatan mereka, sambil menyifatkan keputusan itu dilakukan "tanpa merit".
KOD STATUS "KEGAGALAN PENGHANTARAN" MANUAL
Audit dalaman kumpulan SingPost, di bawah jawatankuasa auditnya, melancarkan siasatan dalaman selepas menerima laporan pemberi maklumat.
Menyusuli siasatan yang dijalankan itu, tiga pengurus yang tidak dikenali yang terlibat secara langsung dalam kes itu menjalani prosiding disiplin, dan mereka didapati telah melakukan pelanggaran serius terhadap kod tataaku syarikat itu.
Mereka telah melaksanakan atau meluluskan kod status "kegagalan penghantaran" manual bagi bungkusan, meskipun tiada percubaan penghantaran dibuat dan tanpa dokumen sokongan, menurut SingPost.
Ketiga-tiga pengurus itu dipecat pada Jun dan laporan polis telah dibuat terhadap mereka sejak itu.

- Bahawa tiada bukti manipulasi data dan kesalahan berkaitan dengan kemasukan manual data DF itu
- Tiada sebarang bukti pemalsuan untuk mengelakkan denda
- Amalan kemasukan manual data DF tersebut diminta oleh pelanggan
- Pelanggan itu sepenuhnya sedar akan andaian kemasukan manual data DF dan amalan sedemikian dikatakan selaras dengan amalan industri
Kedua-dua lelaki itu berkata mereka tidak sedar akan fakta penuh perkara tersebut apabila diminta pandangan mereka pada 11 Mac dan 3 April, dan "memberi respons berdasarkan fakta yang diberikan kepada kami pada masa itu".
Mereka menambah mereka hanya mengetahui "fakta penuh" selepas siasatan pasukan forensik luar mendedahkan hubungan sebab musabab itu pada 27 April.
"Sebaik sahaja pihak pengurusan diberi taklimat mengenai laporan dan dapatan muktamad berikutan siasatan pasukan forensik luar, kami bersetuju dan mematuhi arahan lembaga pengarah."
Ketiga-tiga eksekutif kanan itu menyatakan, mereka akan mempertikaikan pemecatan mereka, sambil menyifatkan keputusan itu dilakukan "tanpa merit".
KOD STATUS "KEGAGALAN PENGHANTARAN" MANUAL
Audit dalaman kumpulan SingPost, di bawah jawatankuasa auditnya, melancarkan siasatan dalaman selepas menerima laporan pemberi maklumat.
Menyusuli siasatan yang dijalankan itu, tiga pengurus yang tidak dikenali yang terlibat secara langsung dalam kes itu menjalani prosiding disiplin, dan mereka didapati telah melakukan pelanggaran serius terhadap kod tataaku syarikat itu.
Mereka telah melaksanakan atau meluluskan kod status "kegagalan penghantaran" manual bagi bungkusan, meskipun tiada percubaan penghantaran dibuat dan tanpa dokumen sokongan, menurut SingPost.
Ketiga-tiga pengurus itu dipecat pada Jun dan laporan polis telah dibuat terhadap mereka sejak itu.
LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.