Almarhumah Puan Noor Aishah cukup prihatin akan pelestarian warisan & budaya
Keprihatinan Puan Noor Aishah terhadap budaya dan warisan terserlah apabila beliau ikut serta dalam Pameran Kebaya 130 Tahun anjuran bersama BERITA Mediacorp, Kebaya Societe dan One Kampung Gelam pada November 2023.
Bukan itu sahaja, beliau turut menyumbang dua pasang kebaya peribadinya untuk dipamerkan.
Kebaya tersebut dijahit beliau sendiri ketika tinggal di Istana sebagai isteri kepada Presiden Yusof Ishak.
Salah satu daripada kebaya itu pernah dipakai beliau sewaktu lawatan rasmi ke Brunei pada 1960-an.
Bukan itu sahaja, Puan Noor Aishah hadir di pelancaran pameran tersebut di Sultan Gate, Kampung Gelam walaupun berkerusi roda.
Jelas, beliau mahu turut menyumbang kepada usaha pelestarian budaya.
Pameran Kebaya tersebut dianjurkan ketika Singapura dan empat negara ASEAN lain memohon kepada UNESCO untuk menjadikan kebaya sebagai warisan budaya tidak ternilai dunia.
Pengiktirafan tersebut berjaya diraih pada Disember 2024.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.