Skip to main content

Singapura

Allkin raih lebih S$1 juta menerusi kejohanan bola pikel amal

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jul 2026 09:26PM Dikemas Kini : 09 Sep 2026 06:42PM
  • Allkin berjaya mengumpul lebih S$1 juta melalui kejohanan bola pikel amal pertamanya di Punggol, Singapura.
  • Dana tersebut akan digunakan untuk membantu lebih 30,000 keluarga dan individu kurang berkemampuan, termasuk belia dan warga emas.
  • Acara itu menghimpunkan lebih 300 rakan masyarakat, sukarelawan dan penerima manfaat, serta dihadiri Gan Kim Yong dan Dr Janil Puthucheary.
  • Gan Kim Yong menekankan pentingnya pelaburan dalam usaha memperkukuh masyarakat dan keharmonian sosial di samping pembangunan ekonomi.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Agensi khidmat sosial Allkin berjaya mengumpulkan lebih S$1 juta menerusi kejohanan bola pikel amal pertamanya.

Dana yang dikumpulkan itu akan dimanfaatkan untuk membantu lebih 30,000 keluarga dan individu kurang berkemampuan, termasuk golongan belia dan warga emas.

Acara yang berlangsung di Punggol itu menghimpunkan lebih 300 rakan masyarakat, sukarelawan dan penerima manfaat.

Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong dan Menteri Negara Kanan Dr Janil Puthucheary turut hadir serta mencuba sukan bola pikel yang semakin popular.

Dalam ucapannya, Encik Gan berkata Singapura bukan sahaja perlu terus mengembangkan ekonomi, malah turut memberi perhatian kepada usaha memperkukuh masyarakat.

Beliau berkata pelaburan dalam usaha membina masyarakat dan meningkatkan keharmonian sosial penting bagi memastikan perpaduan terus diperkukuh.

Punggol kini menempatkan sebuah Pusat Khidmat Keluarga serta dua Pusat Penuaan Aktif yang dikendalikan oleh Allkin.
Sumber : CNA/AI/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita