Allianz tarik balik tawaran peroleh Income Insurance susuli keprihatinan pemerintah SG
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat insurans Jerman, allianz, pada Isnin (16 Dis), mengumumkan bahawa ia menarik balik bidaan untuk memperoleh saham majoriti dalam Income Insurance.
Ini berlaku sejurus pemerintah Singapura menyuarakan keprihatinan mengenai perjanjian yang dicadangkan buat pertama kali pada 17 Julai.
Di bawah cadangan itu, Allianz akan memperoleh 51 peratus saham dalam Income dianggarkan S$2.2 bilion. NTUC Enterprise menyatakan pada masa itu bahawa ia akan kekal sebagai pemegang saham "besar" jika pemerolehan tersebut berlaku.
Pengumuman itu mendapat kritikan orang awam, dengan ramai berasa bimbang sama ada Income akan meneruskan misi sosialnya.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong memberitahu parliman dalam satu kenyataan kementerian pada 14 Oktober bahawa urus niaga yang dicadangkan, dalam bentuk sedia adanya "bukan dalam kepentingan awam".

Pada Isnin, Allianz menyatakan melalui kenyataan media bahawa keputusannya untuk membatalkan perjanjian tersebut dilakukan disebabkan pandangan yang dibuat pemerintah Singapura, mengenai mengapa urus niaga tersebut tidak patut diteruskan atas syarat sedia ada dan perubahan seterusnya kepada Akta Insurans.
“Allianz yakin ia adalah rakan kongsi yang tepat untuk menyokong pertumbuhan berterusan Income Insurance dan misi strategiknya untuk manfaat rakyat Singapura, namun keputusan untuk menarik balik tawarannya pada masa ini menggariskan disiplin kewangan Allianz.
Anggota Lembaga Pengurusan Allianz SE, Renate Wagner, berkata Allianz menghormati keputusan pemerintah Singapura.
Dalam kenyataan media berasingan pada Isnin, NTUC Enterprise menyatakan bahawa ia mengakui keputusan Allianz untuk menarik balik tawarannya.
"Usaha mencari rakan strategik bagi Income Insurance sudah dijalankan untuk meningkatkan daya tahan kewangannya, terutamanya ketika berlaku krisis. Ini bermakna Income Insurance perlu pertama sekali bersifat berdaya saing dan memperoleh keuntungan dan kedua, perlu memenuhi peraturan keperluan kecukupan modal, terutamanya semasa kejadian mengejutkan dan krisis yang tidak dijangka," jelasnya.
"Ini penting untuk melindungi kepentingan pemegang polisi Income Insurance dalam jangka panjang dan juga selaras dengan tujuan Income Insurance."
Meskipun nisbah kecukupan modal Income Insurance berada pada tahap yang sihat buat masa ini, NTUC Enterprise menyatakan ia mengiktiraf keperluan untuk bersedia berdepan "dunia yang bergelora dan tidak menentu", memandangkan kemungkinan krisis ekonomi dan wabak yang boleh berlaku pada masa hadapan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.