Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Allahyarham Suratman Markasan dikenang dalam Anugerah Pencapaian SBC

Anggaran Waktu Membaca:
Allahyarham Suratman Markasan dikenang dalam Anugerah Pencapaian SBC

Sasterawan mapan Cikgu Suratman Markasan meninggal dunia pada 27 Feb 2024. (Gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri)

SINGAPURA: Pelopor sastera Melayu, Allahyarham Suratman Markasan dikenang melalui Anugerah Pencapaian Majlis Buku Singapura (SBC), menurut majlis itu dalam satu kenyataan pada 16 Julai.

Penganugerahan secara anumerta itu adalah sebahagian daripada acara dwitahunan Majlis Anugerah Sastera Singapura (SLP) yang akan diadakan di Panggung Victoria pada 10 September 2024.

71 buku dan 69 penulis disenarai pendek dalam 16 kategori termasuk tiga kategori baru, iaitu Komik/Novel Grafik, Terjemahan serta Debut Terbaik.

Pemenang akan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai S$3,000.

SBC menerima 247 penyerahan pada tahun ini, meningkat 30 peratus daripada 182 penyertaan pada tahun 2022.

Ini sekali gus menunjukkan perkembangan yang menggalakkan dalam industri penerbitan pasca-COVID, menurut kenyataan itu.

Bertemakan 'Mata Hati', anugerah SLP tahun turut ini memberikan penghargaan kepada pelopor sastera Melayu, Allahyarham Suratman Markasan.

Menurut SLP, 'Mata Hati' merujuk kepada "keprihatinan yang mendalam lagi meluas, dipandu oleh deria". Ia berdasarkan peranan penulis yang "mencari kebenaran dan menjadi saksi", iaitu sesuatu yang diperjuangkan Allahyarham Suratman Markasan.

Karya terakhir Allahyarham, "Menghitung-hitung Nama-Mu" antara calon bagi kategori Puisi tahun ini.

Enam penulis lain turut disenarai pendek dalam dua kategori bahasa Melayu, Puisi dan Fiksyen. Empat daripada mereka merupakan pemenang anugerah SLP pada tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, tiada calon bagi kategori Bukan Fiksyen Kreatif dalam bahasa Melayu atas sebab kurang penyertaan yang layak . Begitu juga bagi kategori Debut Terbaik Melayu kerana tiada penulis baharu.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan