Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aliran wang tunai tidak diisytihar, kesalahan kastam dikesan tatkala pemeriksaan ketat di Lapangan Terbang Changi

Aliran wang tunai yang tidak diisytiharkan serta beberapa kesalahan kastam dikesan dalam dua operasi di Singapura pada November dan Disember. Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) serta Kastan Singapura dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Aliran wang tunai tidak diisytihar, kesalahan kastam dikesan tatkala pemeriksaan ketat di Lapangan Terbang Changi

Imigresen di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Aliran wang tunai yang tidak diisytiharkan serta beberapa kesalahan kastam dikesan dalam dua operasi di Singapura pada November dan Disember. Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) serta Kastan Singapura dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (17 Dis).

Operasi itu, masing-masing dijalankan selama tujuh jam, dijalankan di Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi. Operasi pertama dijalankan pada 26 November dan yang kedua pada 15 Disember.

Pemeriksaan ketat dijalankan ke atas pelawat yang tiba di dewan ketibaan kedua-dua terminal tersebut, di mana dua kes aliran wang tunai ke Singapura yang tidak diisytiharkan dikesan.

Seramai 21 pelawat lain didapati gagal untuk mengiystiharkan dan membayar cukai rokok atau tembakau, minuman keras serta barangan baru, cenderahati, hadiah dan barang makanan melebihi pelepasan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"SPF, ICA, dan Kastam akan menjalankan lebih banyak operasi bersama dengan pelonggaran sekatan perjalanan di sempadan kita," menurut kenyataan itu.

"Semua pelawat dinasihatkan bahawa pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang sedang kami berusaha untuk melindungi sempadan darat, udara dan laut kami daripada jenayah dan ancaman keselamatan, termasuk kegiatan menyeludup dan tidak mematuhi undang-undang kami."

ALIRAN TUNAI TIDAK DIISYTIHARKAN

Seorang lelaki warga asing berusia 46 tahun didapati memiliki mata wang Singapura dan asing berjumlah S$31,023.

Dalam kes kedua, seorang lelaki warga asing, 57 tahun didapati memiliki mata wang Singapura dan asing berjumlah S$25,000.

"Jabatan Ehwal Komersil (CAD) menyelia usaha Rejim Pelaporan Wang Tunai Rentas Sempadan (CBCRR) untuk membanteras pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas dan kegiatan jenayah lain," menurut kenyataan itu.

"Orang ramai diingatkan bahawa ia adalah satu syarat undang-undang untuk mengisytiharkan pergerakan fizikal mana-mana Mata Wang, cek, kiriman wang atau bon pembawa ke dalam atau keluar Singapura jika nilainya berjumlah lebih S$20,000 (atau bersamaan dengan nilai mata wang asing)."

Kegagalan untuk berbuat demikian adalah satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Faedah).

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$50,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Lebih banyak maklumat tentang Pelaporan Urus Niaga Wang Tunai boleh didapati di laman SPF: www.police.gov.sg/Advisories/Crime/Commercial-Crimes/Suspicious-Transaction-Reporting-Office.

Di bawah Akta Kastam, mereka yang didapati bersalah mengelak cukai kastam atau cukai eksais boleh didenda sehingga 20 kali jumlah cukai dan GST yang dielak.

"Ia adalah tanggungjawab pelawat yang tiba di sini untuk mengisytiharkan dengan tepat dan lengkap barangan yang boleh dikenakan cukai yang dalam pemilikan mereka," menurut kenyataan itu.

"Pelawat atau rakyat Singapura yang pulang ke tanah air digalakkan membuat pengisytiharan dan pembayaran awal bagi barangan mereka yang boleh dikenakan cukai atau GST sehingga tiga hari sebelum ketibaan mereka di Singapura, menggunakan Customs@SG Web Application yang disediakan di laman Kastam Singapura."

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan