Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aliran barangan, perkhidmatan antara S'pura-M'sia masih berjalan lancar

 Aliran barangan dan perkhidmatan antara Singapura dengan Malaysia masih berjalan lancar meskipun pihak berkuasa Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan di sesetengah negeri, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

Anggaran Waktu Membaca:
Aliran barangan, perkhidmatan antara S'pura-M'sia masih berjalan lancar

Keadaan di Koswe pada sekitar 7.20 pagi pada 18 Mac 2020. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 02:01PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 02:05PM

SINGAPURA: Aliran barangan dan perkhidmatan antara Singapura dengan Malaysia masih berjalan lancar meskipun pihak berkuasa Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan di sesetengah negeri, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Isnin (2 Nov).

Encik Chan berkata demikian semasa menjawab pertanyaan AP GRC Tampines Desmond Choo. Encik Choo bertanya mengenai bagaimana jumlah kes jangkitan COVID-19 yang kian meningkat di Malaysia dan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan di negara itu menjejas penghantaran barangan dan perkhidmatan ke Singapura.

Encik Chan juga ditanya tentang persiapan dan tahap persediaan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam menghadapi sebarang gangguan bekalan sejak permulaan pandemik COVID-19.

Bagi menangani jumlah kes jangkitan COVID-19 yang kian meningkat, Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sejak 14 Oktober lalu.

"PKPB tidak menjejas aktiviti-aktiviti ekonomi seperti logistik, yang terus beroperasi. Aliran barangan dan perkhidmatan antara Malaysia dengan Singapura masih berjalan lancar," tegas Encik Chan.

Encik Chan menambah bahawa Singapura berupaya menangani sebarang gangguan yang tidak dijangka melalui
gabungan strategi - termasuk menyimpan barang keperluan asas, mempelbagaikan sumber import dan meningkatkan daya penghasilan tempatan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan