Alihkan tumpuan dunia kepada umat Islam Asia Tenggara yang perjuangkan nilai keseimbangan, kesederhanaan: Mufti Negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir, menyeru para pemimpin agama dan perwakilan serantau untuk terus memperkukuh nilai keseimbangan dan kesederhanaan yang menjadi teras Islam di Asia Tenggara.
Beliau menegaskan bahawa nilai-nilai tersebut telah membentuk satu model Islam yang berjaya berkembang dalam masyarakat majmuk dan mampu mendorong kemajuan serta pembangunan mampan.
Berucap di Seminar Mesyuarat Pegawai Kanan yang ke-49 MABIMS yang diadakan pada Rabu (15 Okt), Dr Nazirudin menarik perhatian bahawa wacana antarabangsa mengenai Islam sering tertumpu kepada dunia Arab atau masyarakat minoriti Muslim di negara-negara barat.
Ia juga sering menggambarkan cabaran dan kesukaran yang dihadapi umat Islam di negara-negara tersebut.
"Kita harus bersama-sama mengalihkan tumpuan dunia ke arah rantau Asia Tenggara di mana umat Islam telah lama memperjuangkan nilai-nilai seperti keseimbangan dan kesederhanaan.
"Bukan untuk mencari pengiktirafan tetapi untuk menyediakan contoh alternatif bagaimana Islam boleh berkembang dalam dunia moden dan rencam," ujar beliau.
Dr Nazirudin turut menekankan bahawa nilai kasih sayang, keperibadian mulia dan hubungan harmoni antara kaum serta prinsip-prinsip agama telah membantu untuk mewujudkan kestabilan sosial dan kesejahteraan di rantau ini.
Beliau turut menggariskan tiga kualiti penting dalam kepimpinan agama iaitu pemahaman kontekstual, pandangan berwawasan serta keaslian dan integriti.
Beliau turut menekankan komitmen Singapura dalam membangunkan kepimpinan agama masa depan menerusi Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS).

Dr Nazirudin turut berkongsi bahawa dalam konteks masyarakat majmuk Singapura, umat Islam mampu mengekalkan identiti serta amalan agama mereka dan dalam masa yang sama aktif menyumbang kepada pembangunan negara.
Beliau berkata, semua lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan dan bukan kelemahan.
Beliau juga yakin bahawa melalui platform MABIMS, rantau ini dapat membentuk satu model Islam yang unik dan berakar pada nilai agama serta budaya serantau.
Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) ke-49 MABIMS itu menghimpunkan pegawai kanan agama dari keempat-empat negara anggota (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) bagi membincangkan hal ehwal Islam serantau serta memperkukuh kerjasama dengan tema "Memperkukuh Komuniti Muslim Serantau dalam Perjalanan Menuju Kejayaan (Al-Falah)."
Delegasi Singapura itu diketuai Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Khairul Anwar.
DR FAISHAL DALAM FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
Acara itu diadakan sebelum tirai dibuka bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama (MABIMS) ke-21 yang berlangsung di Melaka antara 16 hingga 19 Oktober 2025.
Ia akan turut dihadiri Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.
Ini merupakan kali pertama beliau menghadiri MABIMS setelah menggalas peranan itu.
Kehadiran beliau menandakan komitmen berterusan Singapura dalam memperkukuh kerjasama serantau MABIMS (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) bagi memperkasakan masyarakat Islam di rantau ini.
Pada malam ini (16 Okt), Dr Faishal dijadualkan tampil dalam Forum Perdana Ehwal Islam di mana beliau akan berkongsi pandangan dan membincangkan cara bagaimana memperdalam kefahaman tentang kepimpinan keagamaan kontemporari dan strategi yang dikongsi sama negara-negara anggota MABIMS.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.