Skip to main content

Singapura

Alibaba, Prudential & ST Engineering ganding bahu tingkat keupayaan digital SME

Syarikat Alibaba, Prudential dan ST Engineering bergabung dengan lapan rakan industri untuk meningkatkan keupayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 May 2025 10:43PM Dikemas Kini : 27 May 2025 11:10PM
  • Syarikat Alibaba, Prudential dan ST Engineering bergabung dengan lapan rakan industri untuk meningkatkan keupayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (SME).
  • Lagi 5,000 syarikat dijangka meraih manfaat di bawah Pelan Induk Perusahaan Digital.
  • Kesemua ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 SME dan sehingga 500 projek GenAI dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • "Kita komited untuk menjadi rakan yang boleh dipercayai dan diyakini dalam memacu inovasi digital yang berkesan bersama pihak-pihak yang sehaluan," kata Menteri Negara Kanan MDDI, Tan Kiat How.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Syarikat Alibaba, Prudential dan ST Engineering bergabung dengan lapan rakan industri untuk meningkatkan keupayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Ini termasuk bidang ketahanan siber dan mendorong lebih ramai untuk menggunakan AI generatif.

Lagi 5,000 syarikat dijangka meraih manfaat di bawah Pelan Induk Perusahaan Digital.

Ini adalah tambahan kepada 10,000 sejak program tersebut dilancarkan setahun yang lalu.

Satu program berasingan untuk SME yang ingin mendorong pendigitalan tahap lanjut juga akan diperluaskan.

Ini termasuk mengurangkan sehingga separuh, kos dan masa bagi membangunkan huraian yang disesuaikan serta meningkatkan akses kepada kepakaran teknikal.

Kesemua ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 SME dan sehingga 500 projek GenAI dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Lantas, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sedang mengukuhkan kerjasama dengan Amazon Web Services dan Microsoft.

"Nilai Singapura bukan hanya terletak pada keupayaannya, tetapi bagaimana kita konsisten menjadi rakan yang boleh diharapkan, walaupun dunia di sekeliling menjadi tidak menentu.

"Kita komited untuk menjadi rakan yang boleh dipercayai dan diyakini dalam memacu inovasi digital yang berkesan bersama pihak-pihak yang sehaluan," kata Menteri Negara Kanan MDDI, Tan Kiat How.
Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita