Album sulung NDP diterbitkan, ada lagu oleh Shiok Sistas dan 3 lagu tema NDP
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, sebuah album Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) diterbitkan.
Album 'Terbang Lebih Tinggi' itu juga mengandungi tiga buah lagu baharu bagi meraikan 61 tahun kemerdekaan Singapura.
Lagu-lagu tersebut ialah 'Giants' nyanyian Iman Fandi, 'You'll Be Okay' dendangan Jasmine Sokko, dan 'Sparkle' hasil gandingan Gareth Fernandez dan Dru Chen.

Ketiga-tiga lagu yang berlainan genre ini diharapkan dapat memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat.
Ini juga visi pengarah muzik NDP 2026, Bang Wenfu yang berharap acara gemilang itu dapat menjadi pentas untuk memaparkan kreativiti bakat-bakat tempatan dari pelbagai genre muzik.
"Ia bukan tentang terlalu menonjolkan satu genre tertentu sahaja dan mengabaikan sebahagian penonton yang mungkin lebih berminat dengan genre tertentu. Jadi saya rasa merangkumi pelbagai genre adalah sangat penting. Ia adalah persembahan untuk semua orang. Ia adalah persembahan untuk setiap rakyat Singapura, dan kami tidak mahu ada sebahagian kecil daripada penduduk berasa seperti mereka dilupakan," jelas Encik Bang.

Beliau menambah bahawa, sejajar dengan tema NDP tahun ini, 'Majulah Singapura, Terbang Lebih Tinggi!', pihak NDP ingin mengambil cabaran menghasilkan sebuah album yang mengandungi lagu-lagu pelbagai genre, namun tetap berkesinambungan.
KUMPULAN BERBILANG KAUM DIBENTUK UNTUK NDP 2026
Selain tiga lagu yang digubah khas itu, beberapa lagu lain juga akan menjadi sebahagian daripada album tersebut.
Antaranya ialah lagu 'Singapore Town' nyanyian asal The Sidaislers pada tahun 1967.
Lagu tersebut telah diolah dan diberikan nafas baharu oleh kumpulan Shiok Sistas.
Kumpulan ini ditubuhkan khas untuk NDP tahun ini dan dianggotai empat wanita berbilang kaum dan agama.

Antara yang menganggotai kumpulan tersebut ialah penggiat teater mapan, Aidli Mosbit.
"Menggabungkan empat kaum (dan) empat bahasa ini adalah suatu (yang) mesti kita adakan. Mereka ini adalah pembawa kisah-kisah manusia di Singapura. Jadi, apabila kita ada perwakilan daripada berbilang kaum, barulah kita lihat keindahan kepelbagaian kaum dalam Singapura. Jadi dengan adanya satu platform seperti ini, kita dapat lihat kesemua bangsa-bangsa di Singapura bersatu hati menunjukkan rasa cinta, rasa bangga dan jati diri mereka," ujar Cik Aidli.

DRAMA MIKRO NDP TURUT DIHASILKAN
Cik Aidli dan anggota-anggota Shiok Sistas yang lain, Annetha Ayyavoo, Jalyn Han dan Jacqueline Pereira turut menyertai sebuah siri drama mikro yang diterbitkan sempena NDP 2026.
Siri enam episod tersebut yang bertajuk 'Heartbeats' juga dilakonkan Iman Fandi yang memainkan watak utama.
Ia juga kali pertama sebuah drama mikro NDP dihasilkan.
Lagu-lagu dalam album 'Terbang Lebih Tinggi' menjadi runut bunyi drama mikro tersebut.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.