Skip to main content

Singapura

Alat pengimbas baharu lebih cepat & tepat; kurangkan 80% pendedahan radiasi

Sekitar 3,000 pesakit Hospital Universiti Nasional (NUH) berpeluang meraih manfaat daripada kaedah rawatan yang dipertingkatkan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Oct 2025 08:55PM Dikemas Kini : 03 Nov 2025 01:40PM
SINGAPURA: Sekitar 3,000 pesakit Hospital Universiti Nasional (NUH) berpeluang meraih manfaat daripada kaedah rawatan yang dipertingkatkan.

Antaranya, sebuah alat pengimbas canggih terbaharu yang memendekkan tempoh prosedur, selain mengurangkan pendedahan kepada radiasi sehingga 80 peratus.

Sel-sel barah juga dapat dikesan sehingga lapan kali ganda lebih tepat.

Pesakit yang menggunakan mesin tersebut hanya perlu meletakkan badan mereka dalam satu kedudukan untuk pengimejan lengkap, berbanding 14 kedudukan yang diperlukan pada masa ini.

Ia mengimbas empat kali lebih banyak permukaan, menghasilkan imej yang lebih jelas dan membolehkan prognosis lebih baik.

Walaupun lebih tertumpu kepada pengesanan barah, teknologi tersebut mungkin dikembangkan untuk penyakit lain.

Ia juga boleh mengubah pilihan rawatan kepada pendekatan lebih berbentuk peribadi, iaitu kaedah 'Theranostics'.

"Ini adalah bidang perubatan jitu baharu muncul, di mana masyarakat sangat teruja. Ia berpotensi mengubah landskap serta menyediakan para pesakit dengan bentuk perubatan jitu alternatif. Lantas, kini terdapat lebih 200 ujian di dunia bagi 'Theranostics'," kata Ketua Jabatan Pengimejan Diagnostik, NUH, Profesor Khong Pek Lan.
Sumber : CNA/IQ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita