Alat pengecas mudah alih terbakar dalam kereta api menghala ke stesen MRT Raffles Place
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Xiaohongshu)
SINGAPURA: Sebuah alat pengecas mudah alih atau 'power bank' milik seorang penumpang kereta api terbakar pada petang Jumaat (7 Mac), mencetuskan kekecohan apabila kereta api itu tiba di stesen MRT Raffles Place di Laluan Timur-Barat.
Pengendali pengangkutan SMRT menyatakan butang perhubungan kecemasan dalam kereta api yang menghala ke arah timur itu diaktifkan pada kira-kira pukul 5.30 petang.
"Kakitangan stesen kami bertindak pantas dan mendapati alat pengecas mudah alih milik seorang penumpang terbakar," kata Presiden SMRT Trains, Lam Sheau Kai dalam jawapannya kepada soalan Mediacorp.
"Mereka menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran dan memastikan semua 650 penumpang dalam kereta api tersebut turun dengan selamat."
Bantuan kecemasan diberikan kepada penumpang tersebut, yang enggan dibawa ke hospital. Tiada kecederaan lain dilaporkan, menurut SMRT.
Penumpang itu berkongsi mengenai kejadian itu di platform media sosial China, Xiaohongshu di mana beliau katakan bahawa alat pengecas mudah alih yang disimpan dalam begnya itu tiba-tiba terbakar.
Wanita itu kemudian mencampak begnya lalu berlari keluar bersama penumpang lain apabila pintu kereta api terbuka.
Beliau memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan gerabak kereta api itu penuh dengan asap, dan bahagian tangan serta pakaiannya berwarna kehitaman.
Menurut 8world News, penumpang itu yang dikenal pasti sebagai Cik Chen, berusia dalam lingkungan usia 20an tahun.
Cik Chen berkata kereta api yang dinaiki hampir tiba di stesen MRT Raffles Place apabila beliau tiba-tiba melihat asap tebal dalam gerabak kereta api.
Beliau tidak segera menyedari bahawa alat pengecas mudah alihnya terbakar sehingga para penumpang melihat ke arahnya lalu menjauhinya.
"Kami baru sahaja tiba dan apabila pintu kereta api terbuka, semua orang berlari keluar. Saya fikir perkara paling selamat untuk lakukan adalah mencampak beg saya ke dalam gerabak yang kosong."
Untuk menghilangkan asap, kakitangan SMRT menghidupkan sistem ekzos stesen tersebut, kata Encik Lam.
Khidmat kereta api disambung semula sebaik sahaja kereta api itu dipindahkan ke depoh untuk pemeriksaan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 5.45 petang dan kebakaran dapat dipadamkan oleh kakitangan SMRT.
"Kereta api itu kemudian dipindahkan ke Depoh Changi, di mana SCDF dikerah untuk menyiasat punca kebakaran," tambah SCDF.
"Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran berkemungkinan berpunca dari sumber elektrik dari alat pengecas mudah alih."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.