Skip to main content

Singapura

Alat penderia kesan kerosakan lif di estet perumahan awam

Majlis-majlis bandaran yang diuruskan PAP kini mengesan kerosakan lif dengan menggunakan alat penderia dan berdasarkan maklum balas penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Feb 2019 05:53PM Dikemas Kini : 24 Feb 2019 09:24PM

SINGAPURA: Majlis-majlis bandaran yang diuruskan PAP kini mengesan kerosakan lif dengan menggunakan alat penderia dan berdasarkan maklum balas penduduk.

Ini akan membantu majlis-majlis bandaran untuk memberi keutamaan kepada lif-lif mana yang perlu dipermodenkan dahulu.

Demikian menurut Pengerusi Penyelaras Bersama Majlis Bandaran PAP Teo Ho Pin.

Bagaimanapun sedang program peningkatan lif diteruskan dengan giat di estet-estet perumahan awam, estet-estet privet perlu juga diuruskan dengan lebih cekap demi keselamatan pengguna.

Kondominium Avon di Macpherson berusia hampir 30 tahun.

Seperti banyak bangunan tua yang lain, ia berdepan dengan pelbagai isu penyenggaraan termasuk kerosakan lif .

Demi keselamatan penduduk, pihak pengurusan kondominium menjalankan pemeriksaan lebih kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu setiap dua minggu.

Persatuan Kontraktor dan Pengeluar Lif menyatakan pemeriksaan kerap sahaja mungkin tidak mencukupi.

Satu-satunya cara bagi memastikan keselamatan pengguna adalah dengan menggantikan alat-alat yang sudah lama ataupun menggantikan dengan lif baru.

Persatuan itu menyatakan beberapa faktor menyebabkan estet-estet privet tidak proaktif.

Ini termasuk aspirasi bagi memperoleh penjualan berkelompok dan proses membuat keputusan yang rumit.

Persatuan itu menyarankan pihak pengurusan kondominium merancang perbelanjaan bagi jangka panjang dan memantau keadaan lif dengan lebih berkesan lagi seperti memasang alat penderia yang kini dilakukan di beberapa lif HDB.

Program Peningkatan Lif HDB atau LEP merupakan skim pembiayaan bagi peningkatan lif-lif lama dalam estet perumahan awam.

Program $450 juta itu dilancarkan selepas beberapa kejadian kemalangan lif berlaku dalam beberapa tahun lalu.

Sekitar 1,600 lif yang diuruskan majlis bandaran PAP akan dipasang dengan ciri-ciri keselamatan baru sepanjang 15 tahun akan datang.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita